Tuesday, June 30, 2009

Wujudkah Ikan Duyung?



Td tiba-tiba sa t'ingat.. Kisah bertemu dengan ikan duyung yang diceritakan oleh 'amah a.k.a Orang gaji' tempat kami tym skolah menengah lg.. Sblm tu sa cerita psl amah kami dlu la.. Haha.. Amah kami tu nama dia si Sakiah, berasal dari Timor Leste... Btahun-tahun juga dia kerja di rumah kami dlu n dia sgt baik.. She tells us that her family memang turun laut untuk cari makan.. Means dorang ni fisherman la kan.. Besides, she always follow her brother p menyelam cari mutiara di tengah laut.. She told me and my siblings many weird story about her experience di laut... Ada la kunun pulau larangan yang x boleh masuk.. kalo enter ja gerenti kena malapetaka.. Tapi yang cerita sa mo share sekarang ni yg psl dia ckp dia pernah suda tejumpa ikan duyung.. Dia x ckp itu ikan duyung la.. Dia ckp ikan yang separuh manusia.. Bagi bangsa dorang tu, mereka menganggap ikan duyung tu orang yang telah melakukan banyak kesalahan dan mati di lautan.. N then they've become duyung.. I dunno la samada it is true or not.. Tym dorang p marambat sana tgh laut ngn abg dia, tym tula dorg jmpa.. kijap sjala.. Tgh2 abg dia p menyelam cari tu kerang2 / tiram2 yg ada mutiara d laut, amah sa ni tunggu la di perahu dorang tu.. Mo petang2 sda ba tu, jadi tiba2 muncul pelan2 ni duyung... Mcm tu duyung lain2 ja ni.. Mcm mo ksi bingung-bingung sa pnya amah (hypnotizing i guess).. Nasib jg tu abg dia cpat naik p dasar ba.. Trus berenang masuk p dasar laut balik tu duyung... So, itula 1st encounter dia sama tu duyung...

Pernahkah kamu terfikir samada duyung ni benar-benar wujud? Bagaimanakah rupa duyung tu n kenapa susah betul mo jumpa ni benda.. Mengikut mitos,
duyung ni memang separuh manusia n kaki dia tu dalam bentuk ekor ikan.. Cantik la kunun dorang bilang.. Tapi cuba kita baca dulu article dibawah ni, kalo kamu sda baca renung2kan la skijap.. Ciptaan Tuhan juga ba kali ni:

Dunia ikan duyung masih dicari
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my

RANGKA kononnya ikan duyung yang dipertontonkan di Sydney, Australia pada 1999.
Kemajuan sains, teknologi hanya mampu bawa manusia pada kedalaman 4,000 meter di dasar laut

KETIKA belayar berhampiran Haiti pada 1493, Christopher Columbus dan anak kapalnya melihat tiga makhluk aneh timbul daripada permukaan laut yang luas.
Tanda tanya dan kehairanan tercetus pada minda mereka tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk terbabit yang jelas berlainan sekali dengan makhluk yang pernah wujud di dunia ini.

Ketika mereka mencari jawapan, tiga makhluk terbabit kembali menyelam ke dalam lautan luas serta meninggalkan kumpulan pelayar di atas kapal itu terpaku kebingungan.

Pengalaman pelik itu terus menghantui Columbus sepanjang kehidupannya malah dalam satu jurnalnya, pelayar Sepanyol itu mencatatkan fizikal makhluk itu: "Entah mengapa, wajah makhluk itu menyerupai manusia..."

Catatan Columbus itu seterusnya menimbulkan persoalan kepada penyelidik dan pengkaji sejarah pelayaran lelaki itu sehingga kepada orang kebanyakan.
DUGONG sering dianggap ikan duyung.

"Masakan terdapat manusia yang hidup dan tinggal di dalam lautan," fikir mereka tatkala membaca catatan Columbus berhubung fenomena misteri itu.

Catatan enigma pelayar yang terkenal kerana menjumpai benua Amerika itu kemudian membawa pemikiran penyelidik dan orang kebanyakan kepada satu mitos yang sudah lama diperbincangkan - mungkinkah makhluk yang dilihat Columbus dan anak kapalnya itu adalah ikan duyung?

Terlalu banyak misteri dan mitos yang menceritakan mengenai ikan duyung tetapi tatkala meneliti catatan Columbus itu, ia menambahkan lagi teka-teki sama ada kewujudan makhluk itu benar atau sekadar dongeng.

Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam cerita dongeng kebanyakan bangsa di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda pelaut yang lalai dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya.
Masyarakat Babilona pula menyembah ikan duyung sebagai tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai 'Ea' atau 'Oannes'. Oannes digambarkan sebagai ikan duyung jantan.

Pelbagai teori dan andaian dikemukakan berhubung misteri kewujudan ikan duyung. Antaranya ia dikatakan sebagai spesies hidupan yang mistik dan hanya muncul di dunia manusia, sekali dalam beberapa ratus tahun.

Teori ala fiksyen pula menyatakan bahawa ikan duyung sebenarnya adalah penduduk Atlantis yang menemui teknologi untuk hidup di dalam lautan selepas kota mereka tenggelam puluhan ribu tahun lalu.

Bagaimanapun, jika diteliti kepada penerokaan lautan dalam dan pencarian spesies hidupan baru ketika ini, satu hakikat yang pasti adalah saintis masih belum mampu menerokai ke dasar paling dalam di lautan.

Sehingga kini, kemajuan sains dan teknologi hanya mampu membawa saintis meneroka ke dalam laut dengan kedalaman sekitar 4,000 meter dan setiap kali mencecah kedalaman baru, banyak spesies baru yang aneh dan misteri turut ditemui.

Saintis percaya dunia lautan yang meliputi kira-kira 70 peratus muka bumi memiliki sekitar dua bilion hidupan berlainan spesies tetapi sehingga kini, spesies yang berjaya dikenal pasti dan direkodkan dipercayai masih belum mencecah satu peratus.

Berikutan itu, mungkinkah ikan duyung juga sebenarnya wujud tetapi berada di dasar laut yang paling dalam dan masih belum diterokai manusia?

********


Gambar-gambar dibawah pula berkaitan dengan penemuan 'manusia ikan' di negara kita sendiri. Penemuan ini dilakukan oleh seorang nelayan di Teluk Bahang,Penang. Bila kita tengok balik, badan manusia ikan tu serupa dengan manusia dewasa pastu tangan dia pun pelik sikit - ada lagi sisik-sisik.





Mengikut sumber daripada blog lain:
Dalam laman web Penang news menjelaskan tiada kepastian rasmi mengenai penemuan jasad “manusia ikan” tersebut. Namun hanya tertera secara ringkas keterangan “Teluk Bahang Fisherman Found This! Newspaper Not Allowed To Publish? (Temuan nelayan Teluk Bahang! Media cetak dilarang mempublikasikannya?)”, dan dilampiri dengan 6 lembar foto makhluk aneh dari berbagai sudut pandang.





Petugas institut di Penang mengatakan bahwa pihaknya belum mendapat laporan tentang penemuan kerangka makhluk aneh tersebut. Ia meminta kepada wartawan untuk mengantarkan foto jasad makhluk tersebut ke jab. perikanan, untuk diteliti lebih lanjut.Tubuh makhluk aneh tersebut telah dilelong di e-Bay (Electron Bay) oleh seorang warga Kota St.Petersburg, Florida, AS dengan harga 1550 dollar AS dan ia sudah pun dibeli. Tidak dijelaskan bagaimana makhluk tersebut boleh berpindah dari Penang ke e-Bay. Perkara tersebut diketahui dari laporan news-com Rusia pada 31 Juli lalu. Bangkai “makhluk ganjil” yang dilelong itu memiliki panjang sekitar 1.5 meter, yang dikenali oleh si penjual sebagai “putri duyung”.





* * * * * * * *


11 May 2010 - Finally I discovered where these pictures is taken.. Imej2 duyung dalam post ini sebenarnya palsu.. Ia merupakan hasil seni sculpture oleh Juan Cabana dan gambar2 miliknya telah disalahgunakan oleh ramai pihak d seluruh dunia... Click here for the actual resource..

Finally, there is an explanation why this mermaid (yang mana kononnya initially was found in Malaysia.. )tiba2 dijual pula d e-bay... Huahuahua~ Funny n sot.. Hahah..

I am very sorry for those who might think the pictures in this post are real.. However, i am still wondering...wujudkah ikan duyung??? Hehe~


14 comments:

  1. banyak-banyak cerita ikan duyung... semuanya nampak macam perempuan yang cantik. Tapi yang ni... eeee.. macam puntianak saja ni! Mungkin ikan duyung "maknyah" kali ni... awww...

    ReplyDelete
  2. Wakaka.adakah duyung maknyah pula,ekeke.

    ReplyDelete
  3. Tidak tahu pula, benar wujudnya ikan duyung ini atau tidak. Banyak wujudnya perkara yang pelik pelik di dunia ini...

    ReplyDelete
  4. Sa pn x tau btul ka x ni crita... Mngkin sja kta x sdar bhwa ada lg hidupan lain d dunia ni yg bkongsi ruang dgn kita.. kn? __(^.^)/

    ReplyDelete
  5. ikan duyung seram......

    ReplyDelete
  6. saya rasa tipu sebab.. badan dia patutnya tak bertulang-I mean ekor dia.. hehehehe..saja nyibuk blog orang..sa;am singgah.. nayh....

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Sayapun ada menulis tentang hal ikan duyung ni. sape2 nak komen dipersilakan.

    ReplyDelete
  8. klu diikut kan cerita moyang aku. msa die muda2 dulu.. org2 nelayan mse zmn dulu mmg slalu nmpk duyung di tanah mlayu masa tu.. siapa yg nmpak tu nsib lah.. ade jugk duyung mnjadi rakan nelayan trsebut.. dn duyung2 trsebut mmbantu nelayan tu dgn mmberi bnyak hasil pnangkapan ikan.. mnrut crite nenek aku plak.. ade satu mentera yg boley pnggil duyung2 tu.. org2 nelayan je yg tau mntera tu.. cuma syarat die, bile msyarakat mnusia brkwn dgn msyarakat duyung jgn cuba belot klu x mmg buruk padah nya.. duyung yg nenek aku crita ni ada yg ckp dia cntik.. dia 2 kali ganda cntik dri mnusia biasa.. sbb tu mitos crite msa dulu.. nelayan mudah trgoda dgn duyung ni.. ada jgk yg nmpak wajah duyung ni buruk.. mngkin ada msyarak disebalik dunia siren ni.. atau mngkin duyung ni spesis makhluk halus yg dikatakan jin? mungkin..

    ReplyDelete
  9. Ya, saya pn pernah dgr crita2 bgini ttg duyung.. Trutamanya dr org2 tua yg tinggal dkat laut n para nelayan.. Tambahan pula cerita psl duyung hampir d setiap negara d dunia ni mmg ada n sudah lama dturunkan dari zaman dahulu lg.. Rasanya memang wujud, mungkin mereka ni spesies makhluk ghaib yang tinggal d lautan... Siapa tahu kn... Sbb tu hanya sstgah org sj yg brpeluang utk jumpa...

    ReplyDelete
  10. duyung3..ada statement yg menyatakn bahwa duyung tu sbnarnya dugong,hal ini krn pelayar zaman dhulu kbnyakkan belayar brbulan2 d lautan n nomally girl x ikut dorang blayar(mcm cite pirate caribean, mne ad girl dlm kapal),so dsbbkn letih blayar n idup w/out girl ni...ble si dugong ni timbul dtgh2 laut..mule lah si pelayar ni nmpak byangan wanita cantik n mcm2 lg yg dtokok tambahnye...hehe pikir2kn

    ReplyDelete
  11. Hahah.. betul tu.. sy pn prnah dgr jg teori cmtu.. lelaki ni kalo sda p blayar, x jmpa daratan n kaum wanita bt brapa lama, dugong pn ble nmpk seksi dmata dorg... haha.. its funny when u think abt it... thnx krna mmberi komen.. really appreciate it.. ^^

    ReplyDelete
  12. http://insidemyeyeball.blogspot.com/2011/02/pencipta-ikan-duyung.html

    cuba klik link nie, untuk persoalan kamu tentang ikan duyung nie. :)

    ReplyDelete
  13. Thnx 4 ur sharing young umar.. ^^

    ReplyDelete
  14. Nenek sy pun prnh crta psl ikn duyung nie..dulu mrka prnh nampk ikn duyung nie kat kpg sy..kdg2 awl pg kdg2 senja..shngga skrg kat kwsan kpg sy msih bdri teguh patung reptika duyung..nenek sy ckp dia cntik sgt..dulu dia slalu muncul duduk kat batu tp sjak air dh keruh x nmpk dia lg dh..lbh 50 tahun x nmpk ikn duyung tu kat kpg sy..byk pnduduk kpg yg tgl yg dh tua2 crta kish ikn duyung nie kat kpg sy..tp mybe dlm dnia nie kita kongsi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...