Friday, January 8, 2010

Arghh!! Study Again!!!

Slm and Hi again.. Its been a long time since d last time sa ber'blogging cni.. Huhu~ Ksiokan btul sa cuti after i graduated ari tu... Men FB ari2, pet sa d petsociety pn x prna b'lalat abis sa rajin kc mandi.. Huhuhu~

New Year ni rasa mcm no feeling ja sa rasa... Blm lg ketara pbezaan 2009 p 2010 ni... Hmmm.. Tp yg sa rasa mcm x brapa siok ni, sa kna masuk skola lg balik!!! Wuaa~ (T__T)

For now, I'm on my way to pursue my Master Degree in Engineering (tp course yg sa apply tu E-Learning la)... Sa sambung pn d UMS KK ja.. x jauh.. Bole la sa pulang balik p ruma slalu.. Hohohoh!!! Tp bikin jeles jg tau kwn2 len... Ramai yg sda krja ni.. Rmai jg yg smbung Master tp dorg continue their study d tmpat yg jauh2 (Yg pnting bkn d Sabah).. Hmm.. Xpala.. Ilmu ada dimana2, x kira dimana kita belajar... Hehe..

F.Y.I, sa btul2 rasa x brapa excited mo smbung study ni.. Mc lg sa lum sdia ni geng.. Tp xpa, kita lajak ja jln... Drpd langsung x bgerak kn? Hehe.. Anyway, hope to get some strength dlm sa mlalui stiap perjalanan dhadapan sa nnti... Wish me luck aa.. Smoga sa x jadi pemalas n rajin study.. Kalo x dpt pn, doakan ja smoga sa selamat kio... Tengkiu... \(^o^)/

Sunday, November 8, 2009

Si Gay Mempergunakan Si Buta: Ngam ka ni? Isk3...

Ni article sa dpt dr WEBLOG OKU, sa visit2 la kunun dia pnya blog skali sa tbaca ni article trus mcm bikin panas ni sa rasa.. huhu~


GAY PAKSA TUKANG URUT OKU

Oleh Mohd Sabran Md Sani dan Siti Fatimah Hassan

KUALA LUMPUR: Golongan gay atau homoseksual gersang sanggup membayar 'duit tip' antara RM100 hingga RM200 kepada tukang urut cacat penglihatan semata-mata untuk memuaskan nafsu seks yang sedang bergelora.

Tindakan tidak senonoh golongan terbabit mempergunakan golongan kurang upaya (OKU), menimbulkan perasaan kurang selesa pengamal perubatan tradisional di kalangan orang cacat penglihatan yang mendakwa perkhidmatan ditawar disalahertikan.

Perkara itu didedahkan sendiri seorang daripada tukang urut cacat penglihatan terbabit yang hanya dikenali sebagai Zamri, dengan mendakwa ada di antara golongan terbabit bertindak keterlaluan apabila meminta melakukan perbuatan keji termasuk beronani dan 'urut batin'.

Zamri berkata, kewujudan terlalu banyak pusat urut maksiat di sekitar ibu kota menyebabkan orang ramai turut menganggap golongan senasibnya menawarkan perkhidmatan sama apabila sanggup 'berhabis' berbanding caj urutan biasa.

"Tidak kira apa bangsa sekali pun, semua mempunyai niat yang satu iaitu semata-mata untuk mendapatkan 'khidmat songsang' daripada kami," katanya kepada Harian Metro, ketika ditemui di Brickfields, di sini.

Selain itu, Zamri berkata kebanyakan mereka itu tanpa segan silu meminta perkhidmatan songsang berkenaan malah yang lebih berani 'meraba-raba' tubuh badan tukang urut buta ketika mengurut golongan terbabit.

"Perkara seperti ini sering berlaku. Mereka hanya datang dan terus bertanyakan mengenai perkhidmatan itu. Sepatutnya kami yang mengurut mereka, tetapi bertukar sebaliknya apabila mereka pula yang 'mengurut' kami.

"Mungkin dia ingat orang celik biasa melakukan perkara keji lalu menganggap golongan seperti kami melakukan perbuatan sama, tetapi mereka silap kerana kami bukan tukang urut jenis itu," katanya yang mengusahakan pusat urut di Gombak.

Tindakan itu dikatakan menjadi jalan alternatif bagi mereka yang ingin memuaskan nafsu apabila pusat urut maksiat sedia ada kendalian orang normal sering diserbu pihak berkuasa selain ada pula yang mencari 'selera baru'.

Harian Metro difahamkan pusat urut dimaksudkan itu banyak beroperasi di sekitar Pandan Jaya dan Pandan Indah, selain spa gay di ibu kota seperti di Bukit Bintang sering kali menjadi tumpuan golongan songsang terbabit.

* * * * * * * * *

Mentang2 dorang x nmpk, tu gay suma berani2 la buat camtu.. kalo gay, memang gay la jg.. __(O.o)__

Sunday, August 9, 2009

My Favourite Car

Setiap orang mempunyai kereta idaman sendiri.. Saya juga mempunyai kereta idaman saya.. Kereta idaman saya dipanggil Caravan.. (Mcm intro karangan darjah 6 pula.. huhu~)
Kalo ko ada ni kereta kan.. ko la org yg plg hepi d dunia... Dia besar, ada bed, kitchen, toilet.. itu sinki suma pn ada.. Jadi, ko x paya lg susa2 mnyewa hotel dmna2 kalo jln2... Ko p pantai ka, nek gunung ka, p air terjun ka.. padang pasir ka.. Jgn susa, ada tu Caravan.. Ko tnggl ja merempat d mna2.. Penempatan ini x boleh dikira setinggan, sbb ko bukan lama pn menetap dsna... Kira mcm p camping sjala...
Kalo ko p KK pn snang.. parking ja d pantai tanjung aru atau padang merdeka.. teda jg org marah.. boleh p shopping bila2 masa sj..
Kelebihan kereta ini adalah, ko bole tdr dgn selesa tnpa menyewa, boleh masak n p toilet bila2 msa sj tnpa byr 20 sen.. pastu pemandangan pn indah dan berubah2 setiap kali ko jln p mna2... siok kan?
Harap2 bila sa sda jd kaya nnti sa dpt beli ni Caravan... Siapa2 yang baik hati dan kaya raya boleh lah menghulurkan sumbangan berbentuk duit ataupun Caravan kepada saya.. Thank you...

video

Monday, June 29, 2009

Wujudkah Ikan Duyung?



Td tiba-tiba sa t'ingat.. Kisah bertemu dengan ikan duyung yang diceritakan oleh 'amah a.k.a Orang gaji' tempat kami tym skolah menengah lg.. Sblm tu sa cerita psl amah kami dlu la.. Haha.. Amah kami tu nama dia si Sakiah, berasal dari Timor Leste... Btahun-tahun juga dia kerja di rumah kami dlu n dia sgt baik.. She tells us that her family memang turun laut untuk cari makan.. Means dorang ni fisherman la kan.. Besides, she always follow her brother p menyelam cari mutiara di tengah laut.. She told me and my siblings many weird story about her experience di laut... Ada la kunun pulau larangan yang x boleh masuk.. kalo enter ja gerenti kena malapetaka.. Tapi yang cerita sa mo share sekarang ni yg psl dia ckp dia pernah suda tejumpa ikan duyung.. Dia x ckp itu ikan duyung la.. Dia ckp ikan yang separuh manusia.. Bagi bangsa dorang tu, mereka menganggap ikan duyung tu orang yang telah melakukan banyak kesalahan dan mati di lautan.. N then they've become duyung.. I dunno la samada it is true or not.. Tym dorang p marambat sana tgh laut ngn abg dia, tym tula dorg jmpa.. kijap sjala.. Tgh2 abg dia p menyelam cari tu kerang2 / tiram2 yg ada mutiara d laut, amah sa ni tunggu la di perahu dorang tu.. Mo petang2 sda ba tu, jadi tiba2 muncul pelan2 ni duyung... Mcm tu duyung lain2 ja ni.. Mcm mo ksi bingung-bingung sa pnya amah (hypnotizing i guess).. Nasib jg tu abg dia cpat naik p dasar ba.. Trus berenang masuk p dasar laut balik tu duyung... So, itula 1st encounter dia sama tu duyung...

Pernahkah kamu terfikir samada duyung ni benar-benar wujud? Bagaimanakah rupa duyung tu n kenapa susah betul mo jumpa ni benda.. Mengikut mitos, duyung ni memang separuh manusia n kaki dia tu dalam bentuk ekor ikan.. Cantik la kunun dorang bilang.. Tapi cuba kita baca dulu article dibawah ni, kalo kamu sda baca renung2kan la skijap.. Ciptaan Tuhan juga ba kali ni:

Dunia ikan duyung masih dicari
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my

RANGKA kononnya ikan duyung yang dipertontonkan di Sydney, Australia pada 1999.
Kemajuan sains, teknologi hanya mampu bawa manusia pada kedalaman 4,000 meter di dasar laut

KETIKA belayar berhampiran Haiti pada 1493, Christopher Columbus dan anak kapalnya melihat tiga makhluk aneh timbul daripada permukaan laut yang luas.
Tanda tanya dan kehairanan tercetus pada minda mereka tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk terbabit yang jelas berlainan sekali dengan makhluk yang pernah wujud di dunia ini.

Ketika mereka mencari jawapan, tiga makhluk terbabit kembali menyelam ke dalam lautan luas serta meninggalkan kumpulan pelayar di atas kapal itu terpaku kebingungan.

Pengalaman pelik itu terus menghantui Columbus sepanjang kehidupannya malah dalam satu jurnalnya, pelayar Sepanyol itu mencatatkan fizikal makhluk itu: "Entah mengapa, wajah makhluk itu menyerupai manusia..."

Catatan Columbus itu seterusnya menimbulkan persoalan kepada penyelidik dan pengkaji sejarah pelayaran lelaki itu sehingga kepada orang kebanyakan.
DUGONG sering dianggap ikan duyung.

"Masakan terdapat manusia yang hidup dan tinggal di dalam lautan," fikir mereka tatkala membaca catatan Columbus berhubung fenomena misteri itu.

Catatan enigma pelayar yang terkenal kerana menjumpai benua Amerika itu kemudian membawa pemikiran penyelidik dan orang kebanyakan kepada satu mitos yang sudah lama diperbincangkan - mungkinkah makhluk yang dilihat Columbus dan anak kapalnya itu adalah ikan duyung?

Terlalu banyak misteri dan mitos yang menceritakan mengenai ikan duyung tetapi tatkala meneliti catatan Columbus itu, ia menambahkan lagi teka-teki sama ada kewujudan makhluk itu benar atau sekadar dongeng.

Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam cerita dongeng kebanyakan bangsa di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda pelaut yang lalai dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya.
Masyarakat Babilona pula menyembah ikan duyung sebagai tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai 'Ea' atau 'Oannes'. Oannes digambarkan sebagai ikan duyung jantan.

Pelbagai teori dan andaian dikemukakan berhubung misteri kewujudan ikan duyung. Antaranya ia dikatakan sebagai spesies hidupan yang mistik dan hanya muncul di dunia manusia, sekali dalam beberapa ratus tahun.

Teori ala fiksyen pula menyatakan bahawa ikan duyung sebenarnya adalah penduduk Atlantis yang menemui teknologi untuk hidup di dalam lautan selepas kota mereka tenggelam puluhan ribu tahun lalu.

Bagaimanapun, jika diteliti kepada penerokaan lautan dalam dan pencarian spesies hidupan baru ketika ini, satu hakikat yang pasti adalah saintis masih belum mampu menerokai ke dasar paling dalam di lautan.

Sehingga kini, kemajuan sains dan teknologi hanya mampu membawa saintis meneroka ke dalam laut dengan kedalaman sekitar 4,000 meter dan setiap kali mencecah kedalaman baru, banyak spesies baru yang aneh dan misteri turut ditemui.

Saintis percaya dunia lautan yang meliputi kira-kira 70 peratus muka bumi memiliki sekitar dua bilion hidupan berlainan spesies tetapi sehingga kini, spesies yang berjaya dikenal pasti dan direkodkan dipercayai masih belum mencecah satu peratus.

Berikutan itu, mungkinkah ikan duyung juga sebenarnya wujud tetapi berada di dasar laut yang paling dalam dan masih belum diterokai manusia?

********


Gambar-gambar dibawah pula berkaitan dengan penemuan 'manusia ikan' di negara kita sendiri. Penemuan ini dilakukan oleh seorang nelayan di Teluk Bahang,Penang. Bila kita tengok balik, badan manusia ikan tu serupa dengan manusia dewasa pastu tangan dia pun pelik sikit - ada lagi sisik-sisik.





Mengikut sumber daripada blog lain:
Dalam laman web Penang news menjelaskan tiada kepastian rasmi mengenai penemuan jasad “manusia ikan” tersebut. Namun hanya tertera secara ringkas keterangan “Teluk Bahang Fisherman Found This! Newspaper Not Allowed To Publish? (Temuan nelayan Teluk Bahang! Media cetak dilarang mempublikasikannya?)”, dan dilampiri dengan 6 lembar foto makhluk aneh dari berbagai sudut pandang.





Petugas institut di Penang mengatakan bahwa pihaknya belum mendapat laporan tentang penemuan kerangka makhluk aneh tersebut. Ia meminta kepada wartawan untuk mengantarkan foto jasad makhluk tersebut ke jab. perikanan, untuk diteliti lebih lanjut.Tubuh makhluk aneh tersebut telah dilelong di e-Bay (Electron Bay) oleh seorang warga Kota St.Petersburg, Florida, AS dengan harga 1550 dollar AS dan ia sudah pun dibeli. Tidak dijelaskan bagaimana makhluk tersebut boleh berpindah dari Penang ke e-Bay. Perkara tersebut diketahui dari laporan news-com Rusia pada 31 Juli lalu. Bangkai “makhluk ganjil” yang dilelong itu memiliki panjang sekitar 1.5 meter, yang dikenali oleh si penjual sebagai “putri duyung”.



Sunday, June 21, 2009

The best points of Happy Life

A friend sent me an e-mail just now and i want to share her message with all of you:

1. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
2. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
3. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
4. Dream more while you are awake.
5. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
6. Make peace with your past so it won't spoil the present.
7. No one is in charge of your happiness except you.
8. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
9. Smile and laugh more.
10. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
11. Call your family often.
12. Each day give something good to others.
13. Forgive everyone for everything.
14. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
15. Try to make at least three people smile each day.
16. What other people think of you is none of your business.
17. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.
18. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
19. However good or bad a situation is, it will change.
20. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.

Friday, June 19, 2009

Bagaimana untuk menghargai diri anda (How to appreciate yourself)...



Tadi smbil cari2 example untuk source code krja sa, sa tlimpas ni satu article yg i think very menusuk di jiwa.. haha.. Ni benda sa dpt dari tu WikiHow.. Sa translate sda skit ni ikut bahasa sa sndri..

My Translation:

Tym kita kici2 dlu, kita sentiasa mendapat perhatian2 dari sekeliling.. Msti ada la tu org yg ckp sm kita: kiut oo ko, pandai ba ni anak.. dll..

Bila kita sda bsar2 ni, len plak jd.. Orang2 disekeliling kta kurang2 suda tu bagi prhatian sm kta dan jarang jg bg pujian.. Dan jika ko ni jenis org yg mahu diterima dan disenangi orang len, ko mngkn akan rasa sngt2 teruk.. Tula ramai yg bila sda bsar kurang kasih syg, ksunyian, n minta puji (puji diri sndri)..

Hanya kerana orang lain tidak bg list2 of how great you are, tidak bermakna yg ko ni useless or mmg x bgus.. Orang di sekeliling ko sbnarnya mmg nmpk ba kelebihan dalam diri ko tu.. Cuma jeles la kali atau berat mulut sbb tu dorg x ckp.. haha..

Ba, berikut merupakan cara2 for us untuk lebih menghargai diri (malas sda ni translate, faham sendiri ja la k..):

1. Appreciate what you have - and don't long for what you don't have. Yes, crying all the time for things that you don't have whether it's for your appearance or material goods can be a very bad source for your self-esteem and your state of mind. Of course you are not perfect, but you do possess qualities that a lot of people don't.

2. Find out which these qualities are and do something about it. To feel better if you are a talent learning new languages why don't you sign up for a class and learn something new.

3. Don't wait for your dream opportunities, create new ones with what you have right now. Yes, dreaming is a good thing and finding excuses. However you have to look around you and see what you have and what can you do with that.

4. You can choose happiness each day. This is true. Every morning when you wake up, you can choose so your mind to produce positive or negative thoughts. You are the worst enemy of yourself by letting your fears and negative thoughts obsess your head. As a result you will feel weak, you won't stand up for your rights each day because you are afraid.

5. By not appreciating yourself, you don't let other people appreciate you . You have to let your mind to produce thoughts which you believe in yourself and you are the best. Not just that, you have to really believe it. You are worth it and you have to make it happen to actually you have a faith in yourself and your abilities. At that moment when you will believe in yourself, things will change rapidly.You will see that other people will treat you with more respect.

6. Don't blame others that they don't treat you right. Blame yourself that you don't have high opinion on yourself and logically others can sense that. Your appearance is a reflection of how others treat you. Instead look always fresh, put a smile on your face and stand up for yourself.

7. Don't compromise your priorities just because you are afraid that you will lose friends or someone else. The worst thing that can happen is to losse yourself and there is nothing you can do to turn back time. Each compromise that you make is like you are taking away a piece of your wonderful personality. Unfortunately we are living in a really different time than before , and people don't appreciate your kindness. They will try to steal your energy and every possible kindness that you offer in a silver plate.




TIPS UNTUK KITA SEMUA

* Hidup ni ibarat roda, kijap kita di atas, kijap di bawah.. Jd, kalo kita x berusaha untuk menyayangi dan membaiki diri sendiri tdak lama kmudian kita akan rasa lebih teruk daripada sekarang. So, susa la gtu kn?

* Cuba bercerita tentangnya.. Tentang apa yang kita rasa dan apa yang kita fikirkan.. Jangan rasa ragu-ragu atau takut untuk menunjukan kelemahan diri kita..By talking about it you will feel much better and released.

* Being alive each day is a miracle. Cubalah untuk jalani hidup anda seolah-olah setiap hari merupakan hari terakhir anda berada di dunia.. Hehe, believe me you will see the difference.

* Lakukan sesuatu yang berguna setiap hari untuk anda dan juga untuk orang disekeliling anda.. Bila kita menjadikan diri kita ringan tulang, kita secara automatik boleh rasa yang sebenarnya kita ni pn useful jg to orang lain.

* Don't forget you are unique, teda yang sama dan lebih bagus selain ko.. Kalo ada yang sama pn mesti ada jg tu yang lain sikit.. heheh..

Orang di WikiHow tu ckp: I will finish this article with one of my favorite quotes,
" You are who you think you are, so think the best for yourself"
So Fikir2kan lah kio..


Ada beberapa perkara yang kita perlukan dalam proses menghargai diri ni..
* Faith
* A friend or a family member to talk to
* Patience
* Good will

Jadi sebagai conclusion dia, kita mesti mo hepi2... Fikir positif..
Sentiasa senyum.. Kita boleh ubah diri kita kepada yang bagus2.. Orang sabah bilang: Bulih ba kalo ko!! Heheh...

Wednesday, June 10, 2009

Kisah Kereta Api Borneo Utara


Pertama kali sa nek ni kereta api ialah tym sa kici2 lg.. Pastu sa ada nek lg tym sa d matrikulasi bersama x-schoolmate sa yang len (dari beufort-tenom).. Memang best sa gtau kamu.. Walaupun bising, kotor, sempit, dan bebau(smelly) sa tetap rasa excited di sepanjang perjalanan kami menaiki kereta api.. hehe..


Beginila keadaan dia bila penumpang2 mo nek sda tu kreta api.. Motorsikal, kayak, dan muatan2 lain semua dimasukkan kedalam.. Sepanjang perjalanan tu kereta api akan berhenti di beberapa stesen dan di kampung2.. Ada juga budak2 skolah yg memang nek kreta api pulang balik terutamanya di kawasan dekat2 tenom sana.. Pelancong2 yang bawa rakit dorang (kayak mungkin tu) dari Sungai Padas yg deras pun naik jg tym tgh2 jalan.. Dorang tunggu dekat tu landasan kereta api di tengah2 hutan.. Cantik woo pemandangan dia.. Kalo sa nek kreta api memang sa duduk dekat pintu.. kasi juntai2 lagi tu kaki.. jadi bila limpas air tejun atau mata air yang kcil2, ko terkena la jg tu dia punya percikan air.. Kereta api tu lalu laut.. lembah.. sungai.. bukit.. hutan.. very refreshing oo bila ingat balik.. Whenever u pass by rumah2 or sekolah2, everyone there especially the kids will wave u.. Jadi bila dorang babai2 ko pun balas la balik.. siok ni.. haha.. Lagi tu murah ja ba tambang dia..
Tp sayang betul, skrng tu kreta api mcm x lg bfungsi.. mcm mo kna bg sm tu Kereta Api Tanah Melayu untuk diperbaiki.. Kesian org2 kwsn Tenom ba.. susa suda mo cari pengangkutan.. Huhu..


PENUMPANG kereta api dari Beaufort ke Tenom lebih
gemar duduk di 'open wagon' untuk menikmati
pemandangan indah.

Petikan daripada Hassan Omar

Perjalanan 49km naik gerabak antik pengalaman unik untuk nikmati pemandangan indah pedalaman Sabah
MENAIKI kereta api berenjin diesel berusia kira-kira 40 tahun tanpa pendingin hawa dengan kadar tambang RM2.75 dari Beaufort ke Tenom, Sabah terasa agak menyeksakan.

Tanpa kusyen empuk dan pendingin hawa, perjalanan sejauh 49 kilometer dengan melalui kawasan berbukit dan pinggir hutan itu terasa agak meletihkan.

Namun, di sebalik kusyen keras, lantai gerabak yang dipenuhi pasir dan cebisan plastik pembungkus makanan serta dinding gerabak yang dipenuhi contengan, perjalanan itu terasa ada kelainan dan menghiburkan.

Meskipun gegendang telinga ditujah dengan suara enjin diesel kereta api, geseran roda kereta api pada landasan yang membingitkan dan hentakan serta gegaran terhinjut ke kiri dan kanan, perjalanan selama dua setengah jam itu memberikan pengalaman cukup menarik.

Kereta api menggunakan enjin Hitachi 5101 milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu adalah satu-satunya perkhidmatan kereta api berenjin diesel yang bukan setakat bersifat tunggal di Sabah, malah di seluruh Borneo.


Troli Tenom

9 kampung putus hubungan: 2,000 penduduk sukar pasarkan hasil pertanian dan sayur-sayuran di pekan Tenom

JIKA di bandar, masyarakat mudah menikmati pengangkutan persendirian atau awam. Hakikatnya nun di pelosok pedalaman, pengangkutan adalah antara rencam kehidupan yang amat memeritkan.

Bagi penduduk di pedalaman Tenom, Sabah, kereta api diesel yang beroperasi sejak 1970 adalah nadi kehidupan mereka setiap kali mahu ke pekan Tenom. Kereta api yang menggunakan enjin Hitachi 5101 milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu adalah satu-satunya pengangkutan awam yang membawa mereka keluar dari kawasan dikelilingi hutan.

Setiap kali kereta api memulakan perjalanan dari Stesen Kereta Api Tenom ke Stesen Kereta Api Beaufort sejauh 49 kilometer, penduduk kampung di sepanjang landasan berkenaan tidak melepaskan peluang untuk menggunakannya untuk ke pekan Tenom atau Beaufort.

Bagaimanapun, tragedi pada jam 3 petang, 9 April 2008 menyebabkan mereka tidak lagi menikmati perkhidmatan itu. Dua terbunuh manakala 24 lagi cedera, termasuk tiga parah apabila kereta api yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Padas di Kampung Tenom Lama.

Selama enam bulan, mereka tidak dapat menaiki kereta api berikutan kerja membaik pulih landasan yang dilaksanakan JKNS.



Penduduk kampung di sepanjang landasan dari Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh terpaksa menggunakan troli untuk berulang alik ke pekan Tenom.


Dalam tempoh itu, mereka terpaksa berjalan setiap kali ingin ke pekan Tenom atau Beaufort. Bagaimanapun, berdasarkan rayuan penduduk, JKNS memulakan semula perkhidmatan kereta api dari dua arah, iaitu Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh dan Stesen Kereta Api Beufort-Kampung Halogilad.

Bagaimanapun, mereka sekali lagi dihimpit kesukaran apabila JKNS menghentikan perkhidmatan kereta api Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh berikutan tebing Sungai Padas mengalami hakisan teruk akibat banjir pada Disember lalu.

Landasan yang bergerak seiring dengan tebing Sungai Padas perlu dibaik pulih, manakala tebing sungai yang terhakis perlu diperkukuh melalui kerja pembaikan.

Sejak Januari lalu hingga kini, kira-kira 2,000 penduduk di sembilan kampung terpaksa mencari alternatif pengangkutan untuk membawa hasil pertanian seperti getah, pisang, koko dan pelbagai jenis sayur-sayuran untuk dipasarkan di pekan Tenom.


Penduduk terpaksa mengangkat troli ketika melalui landasan yang terputus dan dibaik pulih untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Stesen Pangi.


Terdesak dengan ketiadaan alat pengangkutan, mereka menggunakan kreativiti sendiri dengan membina troli untuk digerakkan di landasan kereta api.

Penduduk Kampung Tenom Lama, Masisilau, Pangi Seberang, Motolob, Stesen Pangi, Kelandos, 78, 75 dan Rayoh yang terputus hubungan dengan dunia luar, terpaksa menggunakan troli untuk ke pekan Tenom.

Meskipun terpaksa bermandi peluh dan menahan lenguh, penduduk yang rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan terpaksa mencipta troli diperbuat daripada papan berukuran 2.17 x 2.17 meter dengan jarak antara roda dengan roda 0.89 meter untuk menyambung kehidupan.

Di atas troli itulah, mereka menujah kayu ke tanah untuk membolehkan troli meluncur di landasan bagi perjalanan di antara tiga hingga 15 kilometer (km) dari Stesen Kereta Api Tenom ke destinasi terakhir iaitu Kampung Rayoh.

Mereka tidak pernah menikmati kemudahan jalan berturap, apatah lagi jalan raya. Dengan mengumpul kudrat empat kerat, mereka menguatkan tekad menolak troli dengan peluh menyimbah di bawah terik matahari.

Bagi perjalanan dari Stesen Kereta Api Tenom ke sembilan kampung itu, mereka mengerah tenaga selama kira-kira dua jam meniti landasan menuruni bukit. Keperitan itu kian menghimpit setiap kali mereka mendaki bukit sebelum tiba di pekan Tenom dalam tempoh tiga jam.

Perit-jerih mendaki bukit menyebabkan mereka terpaksa turun dari troli untuk menolak alat pengangkutan itu. Setiap kali bertembung dengan pengguna troli dari arah bertentangan, diplomasi dan kesabaran tahap tertinggi dituntut supaya tiada yang berkecil hati.

Pengguna troli yang tidak membawa barang, penumpang anak kecil atau warga emas, harus mengalah untuk turun dari troli dan mengangkat papan beroda itu bagi memberi laluan kepada pengguna lain.

Dengan troli itulah, mereka membawa getah keping atau sekerap, selain hasil pertanian yang lain ke pekan Tenom. Selesai menjual getah atau hasil pertanian, lazimnya mereka membeli barangan makanan untuk dimuatkan di atas troli.

Keringat yang membasahi tubuh setiap kali menolak troli adalah rencam kehidupan masyarakat jauh di pedalaman Tenom. Walaupun terpaksa mengharungi kesukaran dan penderitaan, hidup mesti diteruskan. Jauh di sudut sanubari mereka mengharapkan agar kerja membaiki landasan oleh JKNS segera disiapkan.