Tuesday, August 2, 2016

Pengalaman membeli smartphone Xiaomi - Redmi Note 3 dengan DirectD online

Redmi Note 3

Assalamualaikum dan hai semua..

Post kali ni saya mau cakap pasal pengalaman beli fon Redmi Note 3 dekat website DirectD..
Smartphone ini under brand Xiaomi. Ramai juga yang tidak kenal sangat brand Xiaomi ni, tapi brand ini PERNAH diberi jolokan sebagai Appple of China (bukan saya yang cakap aa, sila jangan muntah di sini.. huhu). Sayang, tidak taulah apa kena dengan company dorang, brand-brand lain seperti OPPO, OnePlus, Huawei semakin mendahului. Oo ya, saya cuma tengok fon made in China saja sekarang. Kenapa? Ada lah sebabnya... XD

Kepada peminat tegar Xiaomi yang memang follow Facebook & official site Xiaomi, mesti tau betapa azab menunggu smartphone dia untuk dijual. Pembeli bersusun, barang yang ditunggu pula teda. Huhu.
Susah cari phone Xiaomi yang original set Malaysia jual di kedai, area KL susah sangat mau cari tapi di KK (CP) ada jumpa hari tu.. Yang ada pun AP set atau yang klon set (hati-hati, banyak yang klon). Satu-satunya cara untuk dapat yang original set Malaysia punya warranty ialah beli melalui official website Xiaomi. Tapiiiii, sampai berjanggutlah kamu tunggu, OUT OF STOCK memanjang.. Kamu pi bukalah Facebook Xiaomi hari-hari, setiap jam kamu pi tengok semata-mata mo tunggu announcement dari Mi bunny untuk bagi berita tentang flash sale atau apa-apa berita yang berkaitan penjualan fon dia, huh, sampai berkulatlah situ teda juga. Tapi yang sanggup menunggu pun masih banyak..sebab mau Xiaomi fon Malaysia set punya warranty, tidak dorang berputus asa.

Xiaomi Malaysia - Official website. Out of stock sampai hari saya taip post ni.
Saya pun menunggu juga flash sale hari tu. Semua sebab fon saya - Sony Xperia Pro (1st android yang saya guna dari November 2011 sampai 7/6/2016) memang boleh tahan nyanyuk sudah. Tengok bapamama & adik-adik saya berkali-kali sudah tukar fon, boleh main apps itu ini...huhuhu..bertambah jeleslah saya.. Saya pun startlah survey & compare smartphone apa yang best, mampu untuk saya miliki dan paling penting berkenan di hati. Ada beberapa artikel tu saya jumpa dan buat hati saya mengidam fon Xiaomi - Redmi Note 3.. Saya tengok fon ni dari bulan April 2016 lagi wooo, hari-hari buka website Xiaomi Malaysia & Facebook Xiaomi. Tengok-tengok ramainya orang menunggu fon ni untuk dijual tapi sayang..masih out of stock. Dalam hati, macam mana saya mau bersaing membeli fon ni dengan dorang-dorang ni kalau ada Flash Sale nanti?? Sudahlah internet saya ni bukannya ada 24 jam pun, kalau jam 3 pagi dorang buat Flash Sale, camanalah tu? huhuhu..
From Official FB Xiaomi Malaysia

Saya cuba untuk melupakan Redmi Note 3 dengan mencari smartphone-smartphone lain yang mempunyai spek dan harga yang lebih kurang. Tapi kenapa aa, saya masih tidak boleh move on. Saya tidak nampak fon lain yang boleh compete, kasi kalah mati Redmi Note 3 (masa tu lah, sekarang sudah lain lorr). BTW, pada masa saya tulis post ni Mi5 ialah fon Xiaomi yang paling orang kasi hype-hype. Yang tu memang out of budgetlah, bagi saya. Last-last saya pun ambil keputusan untuk beli AP set Redmi Note 3 dekat website DirectD.

Tentang AP set, taken from DirectD website. Click to enlarge.
Kenapa saya berani beli AP set, tidak tunggu Malaysia set? Hehe. First, review articles yang omputih buat semua tu pun AP set juga (salah satu yang saya baca ialah ini http://www.pcadvisor.co.uk/review/budget-smartphones/xiaomi-redmi-note-3-review-india-launch-open-3632081/ ) & dorang ada cakap beberapa downside seperti dia punya rom yang masih guna China punya language, but the phone masih juga original..original China set (bukan Malaysia set). Saya tengok di website DirectD, dorang cakap dorang sudah install fon ni dengan Global rom, which means, bukan in Chinese lagilah, ada banyak pilihan bahasa..settle. Warranty? Kalau Malaysia set, Xiaomi ada Official Repair Centre sana Lowyat, tempat lain entah ada kah teada tu. Macam belum ada setakat ini, NO PHYSICAL STORE untuk brand Xiaomi di Malaysia.
AP set dari DirectD, ada 1 tahun warranty provided by DirectD. Yang ini saya tawakal sajalah supaya tidak dapat set yang faulty. DirectD jamin set adalah original (bukan original Malaysia, tapi AP pun original juga..kalau tengok, datang dari China.. Xiaomi pun memang company China juga kan).. Lagipun, saya tidak risau sangat kalau sekadar software faulty, boleh cuba kasi bagus sendiri kan. Hardware faulty ni yang risau, mo kena cari sparepart tu yang sandi nanti. Still, hati saya tetap mau dengan Redmi Note 3 ni.. huhuhuu. Bagi para pesaing-pesaing saya di Facebook Xiaomi, kuranglah sudah satu orang pesaing kamu, saya sudah tidak sanggup tunggu. Kamu memang antara golongan-golongan yang sabar....sabar menunggu handphone ituuue..kikiiki XD

Setelah saya bulat hati mau beli Redmi Note 3 dari DirectD, saya pun order & buat pembayaran. FYI, harga Redmi Note 3 (masa hujung bulan Mei sehingga hari ini) di official website Xiaomi ialah RM849. Masa tu saya beli di DirectD, harga RM849 juga (tidak termasuk penghantaran RM10 & aksesori lain seperti screen protector). Tapi harga ni termasuk warranty 1 tahun dari DirectD (bukan extended warranty aa). Hari ni saya cek dekat website DirectD, harga turun ke RM799!!! Beza RM50 geng! Tapi di official website Xiaomi harga masih sama iaitu RM849. Tidak apalah.. huhu~

Saya beli petang Khamis, 02/06/16. Tapi payment saya kena verified tengah hari Jumaat 03/06/16. Itu pun selepas saya tengok status pembelian saya langsung tidak berubah, jadi saya call DirectD & barulah dorang update / verify payment yang saya buat untuk proses pembungkusan + penghantaran. Berharaplah saya dorang pergi pos fon saya tu right away, manalah tau petang Jumaat boleh dapat. Tunggu punya tunggu, memang tidak ada harapan boleh dapat fon tu hari tu juga. Tidak apalah.
Esok dia (Sabtu) saya pi di Pejabat Poslaju Tun Sambanthan KL untuk ambil sendiri bungkusan saya since saya sudah ada tracking number. Tapi sedihnya rasa, rupanya Poslaju tutup hari tu sebab birthday Agong.. Grrr.. Baliklah saya ke rumah dengan hati yang hampa. Ahad pagi saya pi lagi Poslaju, kecewa kali ke-2 bila pekerja Poslaju tu cakap bungkusan saya tidak boleh di ambil lagi sebab dorang letak bungkusan tu dekat 'belakang' & pintu kunci. Dia suruh ambil esok.
Isnin tu saya pi Poslaju lagi selepas waktu kerja, hari tu kekecewaan dan marah saya memang tahap gaban bila dorang cakap saya tidak boleh ambil sebab polisi dorang yang baru ialah 'item untuk penghantaran hari ini, hanya boleh diambil secara Window Collection pada keesokan harinya'. Walaupun masa tu memang sudah jam 6 petang & dalam sistem Track & Trace dorang terang-terang tertulis 'Missed Delivery'. Bencilah sangat-sangat tau. Kenapalah budak tu tidak cakap awal-awal polisi dorang macam tu, yang sampai suruh orang datang ambil 'esok' bila orang tanya masa Ahad tu kenapa? Kenapa tidak cakap awal-awal yang saya kena ambil hari Selasa aaaa???!! Nah, sampai hari ni pun bila ingat mesti saya rasa marah sangat-sangat. Saya balik tu mencurah-curah air mata, saya call Mr.Dinosaur pastu mengamuk mengadu dengan dia, sampai dia suruh saya pi buat report. Bila dia yang marah, baru saya rasa cool down sikit.. sudahlah waktu tu puasa.. dugaan betul. hehe..
Jadi pagi esoknya (Selasa, 07/06/16), akhirnya baru saya dapat parcel yang saya tunggu-tunggu tu. Bungkusan tu dalam keadaan baik. Ada bubble wrap di dalam. Redmi Note 3 saya pun dalam keadaan baik, cuma bungkusan tu tidak ada seal. Rasanya dorang keluarkan fon tu siap-siap supaya boleh flash Global rom inside lepas tu check kalau ada faulty sebelum hantar. Maybe lah, itu saya punya positive assumption lah konon. Fon tu memang 0% battery & tidak boleh on langsung masa dapat, jadi saya charge dulu bagi full barulah on. And, I am very happy with my purchase..until now I am very satisfied with the phone. I even check tengok samada Xiaomi saya ni ori ka tidak. Boleh check di website ni: http://www.mi.com/verify/#secur_en atau guna app AnTuTu Officer. Alhamdulillah, original. ^^
Staf Poslaju yang ini ok.. yang staf lelaki sorang tu yang hmmm, bertambah lebam mata dia saya tumbuk, tapi dlm mimpi sajalah.. grrr X(

Akhirnya dapat juga parcel, alamat: kedai buku


No seal or wrap, selain yang bubble wrap. Kotak buka macam tu ja.

Check for the imei number

before removing the plastic yang melapisi bahagian belakang fon

Inside the box: Redmi Note 3, AC Adaptor, USB Cable, and that's it.
Result from AnTuTu Officer.. Pheww! Nasiblah.
 Setakat ni, saya tidak hadapi apa-apa masalah dengan Redmi Note 3 saya. I'm also able to get the updates cuma untuk upgrade ke MIUI 8 belum lagi. Saya x pernah experience any lag masa main game (tapi game yang saya main bukanlah yang berat-berat kena render 3D bagai). Overall, the phone is great, sesuai dengan harga. Camera is ok (cuma kalau gelap, kureng sikit). Battery is good, 4000mAh. Ada fingerprint scanner. Speed is FAST, with processor MSM8956 Snapdragon 650 Qualcomm 64-bit CPU, 6-core Cortex-A53 + Cortex-A72. The body is metal, I chose gold color - 3GB ram, 32GB rom varian. Just sweet enough for my liking..

OKlah, panjang betul post kali ni. Saya rehat dululah. Bye.. Assalamualaikum.

13 comments:

  1. Salam macam mana kita nk check imei dalam antutu.. ? Nk tahu yg ori atau ap..?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Anonymous. Dah try tak check guna AnTuTu Officer? Boleh download app tu dkt Google PlayStore dan ikut sj arahan-arahan yang diberi. AP set pun original juga cuma bukan warranty dari Malaysia. Kalau Anonymous beli dekat website Xiaomi Malaysia, insyaALLAH fon adalah original Malaysia set warranty. Kalau AP tu pula set import ya. Cuma ada fon yang 'klon' kepada brand Xiaomi, yang tu memang bukan original, AnTuTu Officer boleh check.

    ReplyDelete
  3. Salam Ibik, nak tanya hp masih elok smp skg ke? Nak tau sebab saya pun nak beli hp melalui online directd.
    Tq ye

    ReplyDelete
  4. Wslm elle-amin. Ya, masih elok dan tak ada sebarang masalah. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, nak checkout directd ni. hehe

      Delete
    2. Salam Ibik, my Redmi Note 3 beli dari Directd selang 1-2 bulan dari Ibik pun masih berkeadaan baik dan tiada masalah, kecuali internal memory tinggal 1gb. Silap aritu beli yg 16gb, shud be beli 32 gb.

      Ibik skrg dah upgrade ke new phone ke?

      Delete
  5. salam Ibaik ..kalau beli dari kedai lain dilazada bukan dari store xiaomi ada jaminan original malaysia set bolehkah ia dipercayai. ini kerana perbezaan harga amat ketara

    ReplyDelete
  6. Wslm unknown-2.3.2018,
    Bagi saya sendiri, kalau nk beli dkt Lazada better tgk dulu review pembeli. Sy pun hampir beli dkt Lazada jg hari tu tapi yg sy risau kebanyakannya xda warranty. Satu lg yg menjadi concern sy jika cara penghantaran item adalah 'shipped from oversea'. Yang tu mmg confirm lah bukan original set Malaysia ya.. selalunya yg tu set China. Biarpun original tp rom dia bukan Global.
    Kalau nak beli pastikan ada warranty, dan set adalah Global rom. Ianya Malaysia set jika ada dinyatakan oleh penjual tersebut dan tgk review serta FAQ untuk pengesahan lanjut. Jika penjual tersebut adalah official distributer yg Lazada war2kan, jadi bolehlah dipercayai. Akan ada tanda 'official' dan logo rasmi model fon tu dekat sana. Review org lain baca jg ya, kalau dah yakin dan puas hati bolehlah proceed membeli, xda masalah. 🙂

    ReplyDelete
  7. Salam Ibik. Nak tanya, nset ni boleh video call biasa tak tanpa guna whatsapp, line dll.

    ReplyDelete
  8. Hi can i ask you. I just bought xiaomi redmi note 5. N its not MY set. Then i used antutu apps. Then the result is unknown. Is that mean this phone is not ori?

    ReplyDelete



  9. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    ReplyDelete
  10. KABAR BAIK!!!

    Nama saya Aris Mia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu untuk Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran dimuka, tetapi mereka adalah orang-orang iseng, karena mereka kemudian akan meminta untuk pembayaran biaya lisensi dan biaya transfer, sehingga hati-hati dari mereka penipuan Perusahaan Pinjaman.

    Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, saya telah tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman online. Saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan digunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal disebut Ibu Cynthia, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari Rp800,000,000 (800 juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres dan tingkat bunga hanya 2%.

    Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya diterapkan, telah dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

    Karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan menghubungi dia melalui email nyata: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan oleh kasih karunia Allah ia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda menuruti perintahnya.

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan Sety yang memperkenalkan dan bercerita tentang Ibu Cynthia, dia juga mendapat pinjaman baru dari Ibu Cynthia, Anda juga dapat menghubungi dia melalui email-nya: arissetymin@gmail.com sekarang, semua akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya bahwa saya kirim langsung ke rekening mereka bulanan.

    Sebuah kata yang cukup untuk bijaksana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...