Tahukah anda bahawa lokasi tumbuhnya jerawat pada tubuh anda boleh membawa petunjuk yang lebih dalam tentang apa yang berlaku dalam sistem badan kita?
Post yang ini adalah mengambil sumber daripada blog The Beauty Gypsy, from pictures to all information sy ambi dr blog trsebut.. So, nothing is mine and credits to The Beauty Gypsy.. Sharing is caring.. ^^
Sebelum ini saya juga ada menterjemah post mengenai peta jerawat pada wajah yang juga di ambil dari sumber The Beauty Gypsy. Klik saja di sini kalau belum baca atau mau baca.. heheh..
Peta jerawat pada tubuh - by The Beauty Gypsy |
Zon 1: Hormon
Seperti di bahagian dagu, jerawat yang tumbuh di kawasan leher boleh menunjukkan bahawa (hormon) kelenjar adrenal anda sedang berkerja lebih dari biasa. Kemungkinan lain adalah stres ataupun pengambilan gula yang berlebihan. Kalau bukan anda sebenarnya memakai pakaian yang mempunyai kolar yang terlalu ketat atau rambut anda yang berminyak selalu menyentuh bahagian ini.Zon 2 & 3: Tekanan dan Stres
Jerawat yang tumbuh di kawasan bahu boleh membawa petunjuk bahawa anda mengalami stres / tekanan berlebihan, berasa tidak selamat atau berasa jauh lebih sensitif daripada biasa. Alternatif lain? Periksa samada tali beg tangan anda yang mengakibatkan geseran pada kulit.Zon 4: Sistem pencernaan
Adakah anda memakai pakaian yang terlalu ketat – seperti polister ataupun nilon? Pernahkah anda menentang jangkitan kulat (terutamanya jika anda ditumbuhi bintik putih 'whitehead' yang kecil pada bahagian dada yang tidak memberi sebarang tindak balas terhadap rawatan jerawat) dan alahan? Jika semuanya adalah tidak berkenaan, jerawat pada bahagian dada boleh membawa petunjuk kepada masalah pencernaan, seperti diet yang tidak seimbang, amalan pemakanan yang tidak sihat, terlalu banyak mengambil makanan pedas atau kerap meminum minuman sejuk berkarbonat.Zon 5 & 6: Tahap Vitamin
Kulit adalah lebih kasar di bahagian lengan dan lebih terdedah untuk mendapat Keratosis Pilaris di kawasan ini. Ia seakan-akan bintik-bintik kecil yang membuat kulit kelihatan kasar. Keratosis Pilaris adalah disebabkan oleh penghasilan berlebihan serta kitaran kurang baik sel mati pada folikel rambut/bulu. Cuba merawatnya dengan melakukan pengelupasan/exfoliation secara kerap serta gunakan pelembab yang mengandungi asid salisilik. Jika masalah ini berlaku bukan kerana isu tadi, mungkin ini adalah petunjuk terhadap sejauh mana keberkesanan tubuh anda menerima dan menggunakan vitamin yang diperoleh daripada diet anda.Zon 7: Tahap Gula Dalam Darah
Terdapat sedikit kelenjar minyak di kawasan ini, menjadikan isu jerawat di perut jarang berlaku. Tetapi apabila tumbuhnya jerawat di zon ini, selalunya ia adalah disebabkan oleh salah satu daripada faktor-faktor berikut: pakaian ketat ataupun kandungan gula dalam darah yang tinggi.Zon 8: Kebersihan atau Penyakit Kelamin
Terlalu kerap mencukur di kawasan ini, ditambah lagi dengan faktor kelembapan yang tinggi selalunya boleh mengakibatkan folikel rambut yang tersumbat dan tidak sempurna mengundang jerawat di zon ini. Akan tetapi, kurangnya kebersihan di bahagian peribadi ini turut memainkan peranan. Lagi membimbangkan, ini mungkin adalah simptom kepada penyakit kelamin (terutamanya jika bintik-bintik tersebut gatal atau mengeluarkan cairan, dan tidak menunjukkan apa-apa tanda untuk pulih selepas 3 - 4 hari).Zon 9 & 10: Kulit Sensitif atau Alahan
Jerawat pada bahagian peha dan bahagian atas kaki selalu disebabkan oleh reaksi terhadap losyen tubuh, gel mandian, bahan pencuci kain, atau pelembut fabrik. Di bahagian betis dan bawah kaki pula, terdapat faktor tambahan iaitu akibat daripada mencukur bulu kaki. Keadaan ini adalah baik dirawat dengan menggunakan bahan mandian yang mengandungi asid salisilik (BHA) atau asid glikolik (AHA) serta pelembab yang bersifat tidak menyumbat kulit (non-comedogenic) yang ringan.Zon 11 & 12: Sistem Saraf dan Pencernaan
Zon ini adalah zon yang paling selalu ditumbuhi jerawat disebabkan oleh alahan, pengeluaran peluh berlebihan, tidak mandi/membersihkan diri selepas bersenam, geseran daripada pakaian sukan, pakaian yang terlalu ketat dan menyukarkan pernafasan, tali beg, iritasi terhadap produk tubuh atau rambut, serta reaksi terhadap bahan pencuci kain atau pelembut fabrik. Jika semua ini adalah tidak berkenaan, nilai samada diet anda dipenuhi dengan makanan bergoreng dan makanan berkalori tinggi atau anda tidak mendapat tidur yang cukup. Semua ini turut menjadi penyumbang kepada masalah jerawat di zon ini.Zon 13 & 14: Sistem Pencernaan
Selalunya terdapat tiga faktor yang menyebabkan munculnya jerawat pada punggung: Pakaian/seluar dalam yang kotor, terlalu ketat dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik, kulit yang terlalu kering, dan diet serta pencernaan yang kurang baik, dengan pengambilan kerap minuman sejuk dan makanan pedas.Jadi jika jerawat masih lagi tidak reda selepas melembabkan kulit, memakai pakaian kapas yang longgar, dan memastikan semuanya bersih, cuba untuk nilai semua amalan diet anda.
Lain kali apabila anda ditumbuhi lagi jerawat di kawasan belakang atau bahu, cuba lihat semula peta tubuh anda. Sekali lagi, mungkin kulit anda sedang cuba untuk berkomunikasi bagi pihak organ dalaman anda. Sila ambil perhatian, bagi setiap isu berkaitan kesihatan dan perubatan, adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor atau ahli dermatologi bagi pemeriksaan lanjut yang lebih tepat. Saya (dan juga sumber saya: The Beauty Gypsy) bukanlah doktor atau pengamal perubatan, dan ini hanyalah sebagai panduan am untuk anda ke arah pemeriksaan lanjut.. ^^
No comments:
Post a Comment