Friday, September 19, 2014

Part 1: Apa kata jerawat?

Assalamualaikum and hi..

Tahukah anda bahawa lokasi tumbuhnya jerawat pada wajah membawa petunjuk yang lebih dalam tentang apa yang berlaku dalam sistem badan kita?

Post kali ini adalah mengambil sumber daripada blog The Beauty Gypsy, from pictures to all information sy ambi dr blog trsebut.. So, nothing is mine and credits to The Beauty Gypsy.. Sy cuma mau share benda interesting ni dcni.. ^^

Peta jerawat pada wajah - by The Beauty Gypsy

Zon 1 & 2: Sistem Pencernaan/Penghadaman — Kurangkan makan makanan ringan atau
yang diproses, kurangkan jumlah pengambilan lemak dalam diet anda, banyakkan minum air kosong dan pilih makanan-makanan yang menyejukkan seperti timun.



Zon 3: Hati & Limpa — Jangan mengambil alkohol, makanan berminyak dan bahan-bahan tenusu. Di sini adalah zon di mana petanda alahan pada makanan muncul buat pertama kali, jadi cuba periksa semula bahan-bahan yang ada dalam makanan yang anda makan. Di samping itu, buat senaman ringan 30 minit setiap hari dan tidurlah dengan cukup supaya hati dan limpa anda dapat berehat.

Zon 4 & 5: Buah Pinggang & Ginjal — Apa-apa yang kelihatan mengelilingi mata (termasuklah lebam hitam di bawah mata which is dark circles) adalah petanda dehidrasi ataupun kekurangan air. Jadi banyakkan minum air.

Zon 6: Jantung  — Periksa tekanan darah anda dan tahap Vitamin B dalam badan. Kurangkan pengambilan daging, makanan-makanan yang pedas dan masam (tajam), serta hirup lebih banyak udara segar. Di samping itu, cuba cari cara untuk mengurangkan kolestrol, contohnya dengan menggantikan "lemak yang tidak baik" kepada "lemak baik" seperti Omega 3 dan 6 yang boleh didapati secara semulajadi dalam kekacang, buah avokado, ikan, dan biji flaks. Memandangkan kawasan ini juga merupakan kawasan pori yang selalu mengembang akibat tersumbat, periksa alat solek anda dari segi kebersihan, tarikh luput, dan sifatnya (samada ia mudah menyebabkan penyumbatan pori-pori).

Zon 7 & 8: Buah Pinggang & Ginjal — Sekali lagi, minum banyak air! Selain itu, kurangkan minuman bergas/berkarbonat, kopi, dan alkohol kerana minuman-minuman jenis ini hanya menambah dehidrasi di dalam badan.

Zon 9 & 10: Sistem Pernafasan — Adakah anda merokok? Mempunyai alahan? Inilah zon bermasalah bagi anda. Jika kedua-dua perkara ini bukan satu isu bagi anda, jangan biarkan badan anda terlalu panas / 'overheat', makanlah lebih banyak makanan yang menyejukkan, kurangkan pengambilan gula dan hirup lebih banyak udara segar. Selain itu, pastikan pH tubuh lebih kepada alkali dengan mengurangkan makanan-makanan yang menyebabkan tubuh lebih berasid (daging, tenusu, alkohol, kafein, gula) dan menambah makanan bersifat alkali seperti sayur-sayuran hijau dan jus rumput gandum (wheatgrass). Seperkara lagi yang ramai orang selalu lupa – telefon bimbit dan sarung bantal yang kotor juga merupakan antara dua dalang utama penyebab jerawat dan zon inilah yang selalu dijangkiti dengan mudah.

Zon 11 & 12: Hormon  — Ini adalah zon khas yang menandakan berlakunya tekanan (stres) dan perubahan hormon dalam badan. Selalunya, dua perkara semulajadi ini adalah tidak dapat dielakkan. Akan tetapi, anda boleh mengurangkan kesannya dengan mengambil tidur yang cukup, meminum banyak air, memakan sayuran berdaun dan memastikan kulit anda sentiasa dibersihkan. Menariknya di sini, timbulnya jerawat di zon ini juga menandakan anda sedang berovulasi (dan dari ovari sebelah mana).

Zon 13: PerutTingkatkan pengambilan serat, kurangkan toksin berlebihan dan minum teh berherba untuk membantu penghadaman.

14: Penyakit — Jerawat di zon ini boleh membawa petanda bahawa tubuh anda sedang dalam proses menentang bakteria jahat bagi mengelakkan penyakit. Berehatlah, lakukan senaman ringan dan santai seperti Yoga, berbaring tidur sebentar, ambil masa untuk bernafas lebih dalam dengan baik, minum banyak air kosong dan ketahuilah bahawa semuanya pasti akan ok!

Jadi lain kali bila anda perasan yang jerawat sedang tumbuh pada wajah atau anda melihat lebam hitam di bawah mata, bolehlah bandingkan dengan peta wajah ini, mungkin kulit anda sedang cuba untuk berkomunikasi bagi pihak organ dalaman anda.. Akan tetapi, sila ambil perhatian bahawa semua isu-isu berkaitan perubatan, adalah lebih baik anda berjumpa sendiri dengan doktor atau ahli dermatologi bagi mendapatkan pemeriksaan yang lebih tepat. Ini cuma sebagai panduan am bagi membantu anda untuk ke arah pemeriksaan yang sepatutnya – tidak semestinya juga jika anda ditumbuhi jerawat pada zon antara dua kening anda pasti mempunyai masalah buah pinggang.. No no no.. ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...