Saturday, December 1, 2012

5 Penyamaran Terhebat Haiwan

Readers, please be prepared for the ultimate art of disguise.. Haha.. Okie, entry kali ni sy bawakan 10 penyamaran haiwan (dan serangga) yg sy rasa sgt amazing fantastic bombastic.. Kalah penyamaran Angelina Jolie dlm filem Salt & Tom Cruise dlm Ghost Protocol.. XD

5. Ikan Sebelah @ Flatfish

Ikan ini berbentuk pipih, tidak simetri macam ikan-ikan lain.. tubuhnya seolah-olah
tinggal sebelah sahaja.. Tym kecil, bentuk ikan ni lebih kurang mcm ikan2 lain.. Bila sudah dewasa, sebelah mata berpindah kedudukan p bahagian mata yg satu lagi. Ikan ni memang semulajadi boleh menyamar, membenamkan diri kedalam pasir lantai lautan. Tujuan adalah untuk menyelamatkan diri dari pemangsa as well as untuk memperdayakan mangsa untuk mejadi makanannya..

4. Naga Laut @ Leafy Seadragon

Tidak se-gah namanya, naga laut ini sebenarnya sangat kecil.. Mungkin adik beradik dengan kuda laut juga.. hehe.. Naga ini selalunya menyerupai rumpai laut melalui penyamaran bentuk serta warna.


3. Serangga Daun Phylliidae

Philliidae adalah serangga yang lahir dengan tubuh seakan-akan daun. Keadaan mereka ini memberi mereka kelebihan untuk menyamar seperti daun dan seterusnya mengelirukan pemangsa. Serangga ini bergerak dengan menghayunkan badan kedepan dan kebelakang, menyerupai daun yang sedang ditiup angin.. (**slalu sa nampak ni drumah.. ^^)


2. Cicak Ekor Daun @ Leaf-tailed gecko

Gambar yang atas ni ialah Mossy Leaf-tailed gecko.
 


Cicak yang muka menakutkan ni pla dipanggil Satanic Leaf-tailed gecko.. Haha.. Adik-beradik.. Hebatkan penyamaran dorang ni? :p


1. Beluncas Hemeroplanes

Yang ni a bit scary.. Ulat atau ular ni???
Dari genus Hemeroplanes, beluncas-beluncas ini mempunyai keupayaan untuk menyerupai kepala ular! Ini adalah bertujuan untuk menakutkan pemangsa, apatah lagi ketika ini mereka masih dalam umur kanak-kanak dan sangat tidak berupaya untuk melarikan diri (ingat kitar hidup seekor kupu-kupu?).. Bila ketakutan, barulah beluncas ni akan buat kepala berbentuk ular.. Kalau tym hari2 biasa, bentuk dia normal ja.. Adorable child, right? haha..


Yang ni pla camana? Haha.. Failed!

Attention: 
I do not owned any of these beautiful pictures. Credits to the original owner. Thank you.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...