Wednesday, October 24, 2012

Tasik Luar Biasa Di Dunia

1. Kolam Air Terjun Berkanopi @ Hamilton Pool Preserve, USA 
- Pertama kali dijumpai sekitar tahun 1800 dan merupakan sebahagian daripada rancangan perlindungan Balcones Canyonlands Preserve.
- Air terjun dan reka bentuk "kanopi" batu kapur yang cantik memberikan keunikan tersendiri kepada tempat ini. Aktiviti berenang adalah dibenarkan tetapi hanya ketika kualiti air berada diparas selamat.






2. Tasik Bertompok @ Lake Khiluk, Osoyoos, British Columbia, Canada 
- Juga dikenali sebagai Spotted Lake (Tasik Bertompok) kerana terdapat 365 kolam lain yang terbentuk didalam tasik ini dengan saiz serta kedalaman berbeza-beza.
- Tasik ini sangatlah masin (mempunyai kandungan garam yang tinggi iaitu Magnesium Sulfat dan Sodium Sulfat yang menghablur (crystallize out) membentuk lingkaran2 putih dengan air yang berwarna-warni. Proses penghabluran ini berlaku akibat kitaran banjir dan pengewapan yang berlaku secara berselang-seli disini.
 - Tasik bertompok ini juga sentiasa bertukar-tukar warna. Camana tu? Okie, apa yg mnentukan serta mngubah warna 365 tompokan kolam kecil disini adalah bergantung kepada kandungan serta kepekatan mineral yg terdapat disetiap tompok. Warna-warna yang biasa terhasil ialah biru, hijau,kuning, dan putih.




3. Tasik 5 Bunga @ Five-Flower Lake, China 
- Sekurang-kurangnya 5 warna berlainan (kuning, hijau gelap, hijau terang, biru laut, dan biru jernih) terhasil daripada kehadiran endapan mineral, alga, serta tumbuhan akuatik yang lain. Sesuai dengan perlambangan namanya, tasik ini dilihat seolah-olah sebuah taman yang penuh dengan bunga yang berwarna-warni.




4. Tasik Pink @ Lake Retba, Senegal 
- Sepa yg suka ngan warna pink tu ngam betullah p ni tempat. Haha.. Lake Retba yang mempunyai air berwarna pink sebenarnya sentiasa bertukar warna, tapi tym musim kering la warna yg paling menonjol kuar.
- Air di tasik ini memang secara semula jadi pink kerana terdapatnya organisma unisel yg amat suka dengan garam disini iaitu Dunaliella salina. Organisma unisel inilah yg kasi pink itu tasik sbb dia p kasi kumpul dan menghasilkan (synthesizes) pigmen carotenoid yg membolehkan penghasilan warna berlaku. Kandungan garam yang tinggi di tasik ini membolehkan anda terapung dengan mudah.. ^^




5. Tasik pembunuh @ Lake Nyos & Lake Kivu 
- Letusan limnic (juga dikenali sebagai Lake Overturn) yg berlaku di Lake Nyos dan Lake Kivu merupakan fenomena semulajadi yang sangat jarang berlaku. Keadaan ini terjadi apabila ledakan buih karbon dioksida yang sangatlah besar tiba-tiba ja tekeluar daripada dasar paling bawah tasik. (Lebih kurang macam tasik tkentut ba ni sa rasa..) O.o
- Ledakan/letupan ini boleh menyebabkan tsunami. Gas yang dibebaskan ini mudah terbakar dan melemaskan bagi seisapa yang menghidunya. Apabila fenomena ini berlaku, segala yang hidup dikawasan berdekatan tasik ini (orang, haiwan, tumbuhan) boleh mati akibat daripada letusan limnic ini. Yang bikin heran, masih ramai jg yg mau tinggal disini..




6. Tasik Asid @ Dallol Volcano, Ethiopia 
- Dallol merupakan tempat yang paling panas serta paling berwarna-warni didiami manusia dibumi. Tempat ni memegang rekod dunia bagi kawasan sub-aerial gunung berapi paling rendah dibumi. Kawahnya dipenuhi dengan kolam-kolam berlainan saiz dan warna. Garam Sulfur dan Kalium mewarnakan lanskap dikawasan ini dengan warna-warna hijau semi dan zamrud, kuning electric, perang dan oren. Tasik berasid, geyser aktif dan kolam air panas adalah 'seni bina' semulajadi yang boleh didapati di kawasan yang hanya boleh didatangi dengan menunggang unta. Suhu sekitar Dallol boleh mencapai 41.1 darjah celcius. (Kalo d Malaysia pla lbh kurang 21-32 drjh celcius.. haha.. panas oo sana Dallol).




7. Laut Mati @ The Dead Sea, Sempadan Jordan & Tebing Barat
- Ini tasik aa, walaupun nama dia Laut Mati.. Di sebabkan tasik ni sngt luas, maka ia diberi gelaran laut..
- Laut Mati @ The Dead Sea berada dikedudukan terendah di atas daratan dunia (dan jg terletak 423m dibawah aras laut) serta merupakan tasik masin yang terdalam (330m) di dunia. Kemasinan air ditasik ini adalah lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan diberilah ia jolokan nama 'Laut Mati'.
- Kamu pn x ble berenang di tasik ni tapi jan risau.. Senang2 ja kamu ble trapung sni brapa lama pn kamu mau.. Ngamla bg org2 yg x pndai brenang.. haha. Lagi satu, air dia ni pn bgus jg utk kesihatan kulit... O.o




8. Tasik obor-obor @ Eil Malk island, Palau 
- Tasik di pulau Eil Malk ini merupakan salah satu daripada beberapa tasik di dunia yang dipenuhi dengan obor-obor (jellyfish) yg tidak merbahaya. Kamu p sini boleh lah bersedia utk aktiviti snorkeling, dan menyelam bersama jutaan obor-obor golden jellyfish. Obor-obor ni sudah lama terperangkap di lembangan ini (bjuta taun sda), skali bila air surut, x dpt sda dorg balik p laut smula.. Tym di laut dlu2, bnyk btul pemangsa yg mo p makan dorg.. Naa, sekali bila dorg trperangkap situ tasik, teda sda yg mo p kacau2 dorg.. Berevolusi la dorg smpai last2 x sda dorg pndai menyengat sbb tlampau happy x paya blawan situ tasik.. ^^




9. Tasik hitam @ Pitch Lake, La Brea, Trinidad 
- Tasik ni mempunyai kandungan asfalt/bitumen yg tertinggi di dunia. Naa, x paya sda dorg bikin jalan d tasik ini, ada sda tar yg keras semula jadi terbentuk supaya para pelawat dapat berjalan dengan selamat di atas tasik ini. Boleh jg berendam klo mau. Di tengah tasik plak ada tu "mother" yang boleh menelan sepa2 ja terus kedasar (dekat2 mcm pasir jerlus la).. Bahaya, so hati2 bila jln dtgh sana.. XD



P.S: I do not owned any of these pictures/information. 

Source: 
http://www.askipedia.com/8-unusual-lakes-that-will-blow-your-mind/
http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page
http://images.google.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...