Monday, November 9, 2009

Si Gay Mempergunakan Si Buta: Ngam ka ni? Isk3...

Ni article sa dpt dr WEBLOG OKU, sa visit2 la kunun dia pnya blog skali sa tbaca ni article trus mcm bikin panas ni sa rasa.. huhu~


GAY PAKSA TUKANG URUT OKU

Oleh Mohd Sabran Md Sani dan Siti Fatimah Hassan

KUALA LUMPUR: Golongan gay atau homoseksual gersang sanggup membayar 'duit tip' antara RM100 hingga RM200 kepada tukang urut cacat penglihatan semata-mata untuk memuaskan nafsu seks yang sedang bergelora.


Tindakan tidak senonoh golongan terbabit mempergunakan golongan kurang upaya (OKU), menimbulkan perasaan kurang selesa pengamal perubatan tradisional di kalangan orang cacat penglihatan yang mendakwa perkhidmatan ditawar disalahertikan.

Perkara itu didedahkan sendiri seorang daripada tukang urut cacat penglihatan terbabit yang hanya dikenali sebagai Zamri, dengan mendakwa ada di antara golongan terbabit bertindak keterlaluan apabila meminta melakukan perbuatan keji termasuk beronani dan 'urut batin'.

Zamri berkata, kewujudan terlalu banyak pusat urut maksiat di sekitar ibu kota menyebabkan orang ramai turut menganggap golongan senasibnya menawarkan perkhidmatan sama apabila sanggup 'berhabis' berbanding caj urutan biasa.

"Tidak kira apa bangsa sekali pun, semua mempunyai niat yang satu iaitu semata-mata untuk mendapatkan 'khidmat songsang' daripada kami," katanya kepada Harian Metro, ketika ditemui di Brickfields, di sini.

Selain itu, Zamri berkata kebanyakan mereka itu tanpa segan silu meminta perkhidmatan songsang berkenaan malah yang lebih berani 'meraba-raba' tubuh badan tukang urut buta ketika mengurut golongan terbabit.

"Perkara seperti ini sering berlaku. Mereka hanya datang dan terus bertanyakan mengenai perkhidmatan itu. Sepatutnya kami yang mengurut mereka, tetapi bertukar sebaliknya apabila mereka pula yang 'mengurut' kami.

"Mungkin dia ingat orang celik biasa melakukan perkara keji lalu menganggap golongan seperti kami melakukan perbuatan sama, tetapi mereka silap kerana kami bukan tukang urut jenis itu," katanya yang mengusahakan pusat urut di Gombak.

Tindakan itu dikatakan menjadi jalan alternatif bagi mereka yang ingin memuaskan nafsu apabila pusat urut maksiat sedia ada kendalian orang normal sering diserbu pihak berkuasa selain ada pula yang mencari 'selera baru'.

Harian Metro difahamkan pusat urut dimaksudkan itu banyak beroperasi di sekitar Pandan Jaya dan Pandan Indah, selain spa gay di ibu kota seperti di Bukit Bintang sering kali menjadi tumpuan golongan songsang terbabit.

* * * * * * * * *

Mentang2 dorang x nmpk, tu gay suma berani2 la buat camtu.. kalo gay, memang gay la jg.. __(O.o)__


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...