Tuesday, February 23, 2010

Dog and Pig Issues: Kenapa mesti hina makhluk Tuhan??


Slm n hi again to everyone..
Lama sda ni sa x mnulis.. Skrg ni sa a bit busy membaca utk bt research sa..
Hehe.. So, tym boring2 ni sa mo share la kunun ttg ni satu isu yg sgt HOT & CONTROVERSIAL d kalangan kita cni Malaysia ni... Sa akn crita psl Anjing and Babi a.k.a Khinzir.. Heheh.. I'll try to give correct and honest explanation on this issue.. Bukan tujuan mo offense sepa2 atau mana2 pihak aa.. Cuma mo kongsi pengetahuan sj, x kira la apa bngsa atau pn agama.. Peace!! (^.^)V

Sa ni seorang muslim di Kepulauan Borneo Utara .. Keluarga dan saudara mara kami memang jenis 1 Malaysia punya.. Berbilang bangsa dan agama serta boleh hidup sebumbung dengan cukup harmoni.. Keluarga sa pernah memelihara anjing dan saudara mara muslim sa yg len pn masih piara anjing utk tujuan kslamatan... Ada jg yang memandang serong bila tau ada anjing di halaman rumah kami..
As we all know in Islam, anjing and babi d'consider kan sbgai haram.. Menurut Leenoh dalam blognya: "Bercerita mengenai babi dan anjing ini orang kita memang pandai mendidik anak-anak dan menyampaikan mesej najisnya binatang tersebut sehingga meresap ke jiwa kalbu mereka. Rasa jijik terhadap babi dan juga anjing berada pada paras yang amat tinggi berbanding dengan najis yang lain, sehingga tiada siapa di kalangan orang Melayu yang mengabaikannya.... Dalam ajaran Islam anjing dan babi itu hukumnya najis atau lebih tepat lagi hukumnya adalah najis berat, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Tetapi pada pemerhatian saya masyarakat kita mendidik melebihi daripada itu, kalau ditakdirkan kanak-kanak menyiksa anjing atau babi, orang dewasa melihat dan ketawa sahaja kerana yang disiksa itu adalah babi atau anjing. seolah-olah tiada apa-apa dosa dan tidak perlu diberi pertolongan atau tidak perlu dilarang perbuatan kanak-kanak tersebut."
Daripada petikan tersebut, dapat kita lihat situasi yang ada disekeliling kita sekarang.. Beliau sendiri sedar bahawa terdapat golongan yang masih konsorvetif dalam pemikiran dan tindakan..
Dari dulu sampai la sekarang, mmg wujud la ni manusia2 yg memandang hina dn jijik betul dgn anjing dan babi.. Baru nampak dari jauh sudah p umban batu.. Ada yg smpai p tembak ja ni binatang bila lalu lalang d dpn dorang.. Perlu d ingatkan, bahawa kedua-dua binatang ini juga adalah makhluk yang dijadikan oleh Tuhan.. Dalam Islam sekalipun, ada dinyatakan bahawa setiap makhluk yang dijadikan oleh Allah tu adalah tidak sia-sia dan ada manfaatnya.. Bagi saudara2 sa yg Muslim, adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jadi kita pun kena tau la jg batas2 kita kan..
Sepa yg mc tertanya2 ttg isu ni dlm konteks Islam, p ja d laman web berikut.. Akan djelaskan jg tu sna..:
>> Meninjau Semula Hukum Kenajisan Part1
>> Meninjau Semula Hukum Kenajisan Part2
Ada dulu satu isu ttg gambar siswi muslim memegang anjing & babi.. Naa, itu pn jd kontroversi jg tu.. So, Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin ada bg penjelasan untuk ni isu.. Klik ja cni tuk baca kio: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi

Yang sa sedih ni ramai ba antara saudara2 Muslim sa yg sda set tu pikiran spya mlihat ni 2 binatang jijik dan hina.. Plg sa x stuju, anjing la.. Sa x kisah la kalo psl dorg takut kna gigit.. Tp ksian ba pula tu, tu anjing limpas ja pn kna umban sda pkai besi... Huhu~ Padahal, dlm Islam ada ba kna ckp ttg sifat2 mulia anjing yang wajar dcontohi oleh manusia.. Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin:

Pertama :
Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh. Mereka makan hanya apabila berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Senantiasa jg takut, demikian pulalah hendaknya seorang mukmin senantiasa takut kepada sang Penciptanya.

Kedua :
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.
Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah. Mereka mengembara ke merata-rata tempat untuk menuntut ilmu.


Ketiga :
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.
Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud (walau segunung harta di tangan namun tidak meletakkannya dihati, agar kita tidak sedih ketika gagal mendapatkan sesuatu di dunia ini). Mereka lebih suka bersedekah dan membelanjakan harta ke jalan Allah S.W.T..

Kelima :
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah.
Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.
Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh :
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam.
Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk, x pernah tergugat oleh apa pun cobaan/rintangan.

Kesembilan :
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu makan .Jika diberi atau tidak diberi,dia diam sahaja.
Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :
Jika anjing berjalan atau pergi dari tempat asalnya, ia tidak menoleh ke belakang dan terus berjalan.Ini adalah sama dengan sifat orang-orang susah yang istiqamah (sentiasa teguh dan tekad/determined) mencari keredhaan Allah s.w.t.
Dan bila seseorang datang dari sebuah tempat sementara tidak ada seorang pun yang menemaninya, maka anjing akan berpaling kepadanya dan menyertainya, ini merupakan sifat kesetiakawanan.


Naa.. Tuhan suruh kita contohi lg bukannya hina atau seksa ni binatang... Ada lg satu kisah "Allah mengajar wali melalui anjing":

Suatu hari, seorang wali yang dikenali sebagai Ba Yazid atau Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut jubahnya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, “Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci walaupun dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci.”

Abu Yazid berkata, “Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika.”

“Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun,” jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: ” Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya’? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui perkara-perkara yang kecil.”

Jadi pikir2 kan la balik kalo sesiapa yg bhajat mo pndng anjing ni jijik dan hina..
Layak ka dia mo bt gtu.. Hehe.. Ba k la.. Sa mo pulang sda ni dr skola.. Nnti la next tym kita crita lg kio.. Peace and Love to all my tompinai...


5 comments:

  1. inan sda sa bca ksian pla anjing skrg wuaaaa nsb sa bkn tndang2 humban2 anjing O_O

    ReplyDelete
  2. Tula ba odu.. kcian ba dorg tu... biar pn diorang bnyk yg bgalis, tp ttap makhluk Tuhan jg.. Trus sa ingat yg dlu2, best siram dorg air tym dorg tdr2... Skrg sa insaf sda.. x sda sa jahat.. wuhuhuhu~ (T__T)

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Terima kasih atas pandangan dan perhatian saudara terhadap isu ini.. Sy sgt bersetuju dgn setiap poin2 yg saudara ajukan..

    Adalah tidak patut berbelanja lebih utk binatang peliharaan bg tujuan mnunjuk2, anjing jg x dpt dijgka tgkah lakunya dn myerang spesis kita tnpa provokasi (prkara ini slalunya berlaku kpd org luar yg x memelihara/mmberi mkn pd anjing trsbut, ataupn anjing yg mnghidap pnyakit)..

    Poin bhwa kta harus mjaga hak anjing atau haiwan lain itu sndiri jg sy stuju.. Pernyataan saudara bhw 'org islam yg jaga solat tidak akan memelihara anjing' adalah brsifat abstrak dr sudut pndangan sy.. Perkataan 'memelihara' bg sy adalah mmberi mkn dn prlindungan.. Trdpt prsekitaran kdiaman sprti kampung2 d kwsn pdalaman Sabah, dmna x ada pagar konkrit yg boleh mnghalang prgerakan haiwan2 kluar masuk.. Apabila trdapt sisa2 mknn, ia akn dberi kpd haiwan2 sprti ayam, kucing, dn anjing utk mkn.. Haiwan2 ini jg kdg2 akan berehat sbntar d skitar rumah sblm mnruskn prjlnan mereka k rumah2 lain mncri mkn.. Pnduduk pula adalah majmuk dr segi bangsa dn kprcayaan. Thus, we still hv to consider abt culture n environment.. (I think this is.. mm.. somehow a sensitive issue..) Perkataan 'menjaga' solat jg abstrak sy lihat.. Adakah 'mnjaga' brmaksud cukup 5 waktu? Ataupun dr sudut lain? Jika dr segi cukup 5 waktu, sy rasa kita masih boleh mngrjakan solat biarpn anjing trsbut brada d lingkungan kwsn kdiaman. Cumanya, malaikat x akn dpt msuk d kwsn kdiaman ktika itu.. Tp sy yakin jika kita mngerjakan solat dgn kusyuk, ALLAH S.W.T Maha Mengetahui, akan menerima ibadat kita.. Allahualam.. Perbetulkan sy jika salah..

    Akhir skali sy brstuju dgn poin anda bhw utk tujuan keselamatan.. byk lg alternatif lain spt muafakat.. x smstinya dgn mmlihara anjing.. Terima kasih krna mmberi pndangan trhadap isu ini, especially regarding my post here.. Its good to have healthy discussion here.. Bak kata org, buang yg keruh..ambil yg jrnih.. Hope to hv more komen yg mmbina sprti komen saudara ini d msa dpn.. ^^

    ReplyDelete
  4. sy sgt suka dgn post kmu ni..sgt mnarik..
    jrg ada kwn2 muslim yg bpendapat spt kmu..sb kbykn yg sy knal sgt mbenci 2 jenis haiwan tsebut..
    kalaulah minda anak2 muda muslim mgenai hal ni ble d'ubah, pnya bgus kn..tp susah jg kta mo ckp..
    sy sgt geram dgn tingkahlaku sgelintir anak2 muda muslim yg tba2 mmukul,mghumban dsb thadap anjing2 yg x btuan d sebuah kwsn prumahan sdangkn anjing2 tsebut tengah tidur d tepi jln tnpa mbuat apa2..wp anjing2 tsebut dkatakan liar namun ia x pernah pula mgigit..ia cma mau mgisi prut jika ada sisa mknan & tmpt bteduh jika tba2 hujan kuat..
    sy jg x snang & x brpa puas hati dgn phak2 spt DBKK & majlis2 daerah yg akan mnembak & mlupuskan anjing2 liar d skitar ngeri kta ni..sy mrasakan itu 1 pbuatan yg x wajar..byk lg tindakan lain yg ble dlakukan selain mgakhiri riwayat hdup binatang yg dkatakan hina & jijik itu..

    ReplyDelete
  5. huhuhu,isu 'I Want To Touch A Dog' yg baru2 ni brlaku tlh mmbawa sy ke sini.. Post ini sgt2 mmmberikan pengajaran n bt kta yg x tau d sebalik isu itu.. orang kata jgn la menimbulkan kemusykilan d dlm hti.. kan x baik juga kalau brprasangka buruk.. Kita cuma perlu lbih berhati-hati slepas ini.. Sy menyokong bhwa kta harus ada sikap syg kpd binatang dan tdak memandang rndh trhdp binatang , especially anjing.. I agree bahawa setiap makhluk yang dijadikan oleh Allah tu adalah tidak sia-sia dan ada manfaatnya.. bukan utk dipandang hina.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...