Friday, July 29, 2016

Ceriakan blog dengan muzik pilihan anda!


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera untuk semua..

Anda ada blog tapi rasa macam masih kekurangan sesuatu? Suasana blog tidak serasi dengan personaliti atau mood? Jom ceriakan blog dengan widget music player dengan senarai muzik pilihan anda sendiri!

Wahh wah wah! Bukan main lagi, macam iklan suda ni mempromote padahal bukan dapat bayaran pun.. Huhuhu. Sharing saja ba ni, org bilang sharing is caring kan.. ^^

Kepada sesiapa yang sudah tau tentang cara meletakkan muzik pilihan di blog atau tau tentang widget yang saya mau kasi introduce ni, buat-buat diam saja lah aa.. XD

Sebenarnya ada banyak widget music player yang kamu semua boleh pilih untuk letak di blog masing-masing, cuma tinggal cari sajalah, tanya tu Mr.Google. Tapi kalau malas mau cari, mau try and error lagi tengok camana widget tu berfungsi di blog, saya kasi recommend lah widget yang saya guna sendiri di blog ni.
Saya guna widget PodSnack. Free saja, tidak payah bayar, kecuali kalau kamu mau features yang advance2 tu, mau upload lagu sendiri dari PC & banyak duit boleh lah upgrade p Pro version. Kalau setakat mo play 5 lagu pilihan yang kita boleh cari di YouTube, tidak payahlah kamu bayar.

Ok cara-cara untuk buat widget music player guna PodSnack:
1. Pergi ke laman web PodSnack: http://www.podsnack.com/
2. Buat akaun (Klik Create Account)
3. Pilih untuk sign in sebagai New User dan isikan setiap ruangan yang diminta. Boleh juga sign in menggunakan akaun Facebook, Google, atau Twitter. Nanti PodSnack akan meminta kebenaran untuk access maklumat, kamu bagi sajalah.


4. Kalau PodSnack hantar confirmation link ke emel akaun anda, jangan lupa cek emel anda dan klik link pada emel yang dihantar oleh PodSnack untuk mengaktifkan pendaftaran anda di PodSnack. Lepastu login semula di PodSnack menggunakan emel dan kata laluan yang telah anda daftar dengan PodSnack tadi.
5. Ok, kalau sudah berjaya login ke PodSnack, pilih 'New Playlist' untuk membuat playlist lagu-lagu kegemaran anda.
6. Pilihan untuk upload lagu-lagu dari PC sendiri hanya disediakan untuk VIP user sahaja, jadi kita gunalah samada Dropbox, YouTube, atau record terus ke PodSnack. Kalau saya, senang ambil lagu dari YouTube saja. Tidak payah pun download-download segala, cuma cari saja lagu yang kita mau tu guna search engine yang disediakan oleh PodSnack & dorang akan link lagu tu ke playlist kita guna url.
7. Namakan playlist anda ikut suka hati pastu klik 'Next' di bahagian bawah untuk ke langkah seterusnya.
8. Pilih template kesukaan anda dan anda boleh ubah setting yang anda rasa perlu ubah supaya widget anda itu nanti sesuai dengan citarasa anda.Kalau sudah puas hati, bolehlah klik butang 'Finish' di bahagian bawah.
9. Dah siap, boleh klik butang "Embed" untuk dapatkan HTML script yang akan kita masukkan ke layout blog kita nanti. Jangan lupa klik 'Use Free with watermark', kalau tidak kena bayarlah nanti.
10. Copy HTML script yang diberikan. Dia akan bagitau siap-siap cuma 5 lagu yang boleh dimainkan, dan setiap lagu tu limit masa adalah 5 minit. Oklah tu kan? Hehe.
11. OK, sekarang anda login ke Blogger dan pergi ke bahagian "Layout" blog anda. Kenal pasti bahagian mana anda mau letak tu widget tadi (contoh bahagian tepi blog / sidebar), lepastu klik '+ Add a Gadget'. Pilih HTML/JavaScript dan tekan butang '+'. Paste-kan widget script dari PodSnack yang anda telah copy tadi ke ruangan yang disediakan dan klik 'Save'. Klik 'Save Arrangement' pastu bolehlah klik 'View blog' untuk lihat hasil usaha keras anda tadi.. hoho.. Selamat Mencuba!!
Inilah PodSnack saya.. ^^ Cuba cari di blog ni kalau jumpa..
* sekejap anda, sekejap kamu..apadaa!!

Thursday, July 28, 2016

Wanita membuang 6 tulang rusuk untuk pinggang super ramping!

Pixee Fox
Pixee Fox, seorang model dari Sweden yang mempunyai obsesi dengan pembedahan plastik telah menghabiskan lebih dari  £80,000 untuk mendapatkan bentuk badan seperti watak-watak animasi: Jessica Rabbit, Aurora dari Sleeping Beauty, dan Holli Would dari Cool World.

Sebelum pembedahan plastik, Fox merasa tidak yakin dengan penampilannya.

She looks far better here
Untuk mendapatkan pinggang seperti Jessica Rabbit, wanita ini menjalani pembedahan mengeluarkan 6 tulang rusuknya sehingga saiz pinggangnya yang terkini cuma tinggal 16 inci. Jangka masa untuk sembuh sepenuhnya daripada pembedahan selama 5 jam ini sepatutnya mengambil masa 6 minggu tetapi baru sahaja dua hari selepas pembedahan, Fox telah pun kembali mengerjakan rutin hariannya dengan mengenakan korset.

Sanggup, asalkan 'cantik'

Wonder Woman?

 Senarai pembedahan:
Rib removal - $9,000 (£6,000)
4 Rhinoplasties - $19,000 (£12,600)
4 Breast augmentations (200cc, 525cc, 800cc, over 1400cc) - $40,000 (£26,500)
2 Liposuctions - $7,000 (£4,600)
2 Blepharoplasties - $8,000 (£5,300)
1 Labiaplasty - $5,000 (£3,300)
1 Brow lift - $3,200 (£2,200)
1 Butt lift - $12,000 (£8,000)
Cool-sculpting - $1,000 (£660)
Cheek injections - $7,500 (£5,000)
Lip injections - $7,500 (£5,000)
Total = $119,200 (£80,000)


Sexy?
Walaupun setelah 6 tulang rusuknya dibuang, hasratnya untuk mencapai saiz pinggang 14 inci mengatasi rekod dunia untuk pinggang terkecil (15 inci dipegang oleh Cathie Jung, 78 tahun), masih diteruskan. Pemegang rekod dunia, American Cathie Jung pula mendapat saiz pinggangnya dengan cara memakai korset setiap hari sejak umurnya 45 tahun.

Cathie Jung memakai korset sahaja untuk mendapat pinggang 15"

Jahit pakaian sendiri

Doluu2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...