Saturday, October 26, 2013

Tips menjaga personal computer / laptop anda

Salam.. Hello semua..
Kali ini sy mau share sikit psl cara yg spatutnya anda menunjukkan kasih sayang anda trhadap PC / Laptop anda... Knapa tiba2 sy mo bt entry psl ni?? Sy ni expert?? No no no.. bkn jg expert, cuma caring.. XD
At least x la laptop akan cepat meragam, popup benda pelik2 yg x diingini p skrin, slow mcm gila2..keluar skrin biru kematian (BSOD) hahah.. laptop x ble on..bervirus...atau baru pun lepas format..install clean punya..sudah buat hal lg..


Nahh, jadi untuk mengelakkan perkara2 sprti ini drpd berlaku (or at least mengurangkan risiko)...you all haruslah mengambil berat perkara-perkara di bawah:

gambar curi..

  1. Sila gunakan kipas laptop (cooling pad), ini untuk mengelakkan temperature laptop anda drpd menjadi terlalu panas sehingga merosakkan CPU, motherboard & lain2 komponen d dlm laptop.

  2. Jangan letakkan laptop anda directly di atas tilam semasa menggunakannya. Tidak kiralah atas tilam, kusyen, atau mana2 saja tempat/objek yg x mempunyai pengaliran udara yg baik..this will block the fan..your laptop needs to breathe.. laptop akan overheat kalo diletakkan di tempat2 sprti itu.

  3. Jangan biarkan laptop/PC anda on 24 jam / lebih. Kalo lebih dr 8 jam pun, sebenarnya laptop/PC anda sudah mula perlukan rehat. Kalau battery masih attached dengan laptop & fully charged, sebaiknya bukalah dulu bateri tu, just guna direct power from your adapter sj.. Lgpun, guna fully charge battery + direct power from adapter mmg x disarankan..ini kerana jangka hayat bateri laptop anda akan berkurangan. Dari 8 jam, tinggal 5 jam, sampailah ke 5 minit saja tinggal.. (mcm bateri sy sekarang ni la, pengajaran!!) Selain dari bateri, tindakan on laptop/PC berterusan tanpa rehat turut memberi impak negatif pada lifespan hardware2 lain.. So, beware!

  4. Gunakan sleep mode atau hibernate laptop/PC anda jika tidak mau off terus. Baik untuk mereka yg masih ingin sambung buat kerja, tapi tiba2 rasa mau tercirit & mo p melabur dlm jangka masa yg bukan sekejap. Selain boleh menjimatkan tenaga elektrik, laptop/PC anda juga boleh berehat sementara. Tapi janganlah sampai berhari2 x pernah off, cuma asyik hibernate/sleep sj.. Itupun x bgus jg OK? :p

  5. Jauhkan cecair & benda2 tajam dari laptop/PC anda. Lepastu please hold your laptop DEARLY ok? Jangan sampai jatuh x berlapik..huhu~ Kecualilah kalo ko plan mo cari yg baru.. Huh!

  6. Bersihkan dalaman laptop/PC anda daripada habuk setiap 6 bulan. Terutama yg bahagian heatsink di dalam tu, sbb dia mmg collect banyak habuk. Bila terlalu banyak habuk, nanti akan jadi overheat pula. Last2 nanti, ada la tu laptop/PC yg x mau on walaupun sampai berlubang ko tekan2 tu Power On button. Huhu~ Kalo x berani buka, sila hantar kepada yg pakar ok.. ^^

  7. Pastikan anda install antivirus. Tidak kiralah yg free atau berbayar, yg penting mesti mau ada antivirus. Tapi kena ingat juga, please choose to install legitimate antivirus saja ok? Ada org yg sudah p surf website ntah apa2 / download software dr ntah mana2 p PC..terus keluarlah kunun tu popup yg memberi amaran kpd anda: Komputer anda disyaki mempunyai 87 virus & spyware, sila klik di sini untuk SCAN dan REPAIR..Naahh, teruslah kamu gelabah x tau mo buat apa kan? Kamu p klik la tu button konon dgn harapan semua virus dlm PC kamu dihapuskan.. padahal?? Mmm, jangan ok.. Once kamu klik, automatically benda tu akan di install dalam laptop/PC kamu, claiming yg dia tu adalah antivirus yg akan menyelamatkan kamu.. No No No... Itu tu spyware kalo bukan malware.. Please.. Do your research sebelum install sesuatu. Sy sendiri x guna pun antivirus yg berbayar. Yg free pun ok apa, yg penting dia tahu buat kerja dia & kamu sendiri tahu tanggungjawab kamu utk jaga keselamatan PC and data2 dlm PC kamu. BTW, sy guna AVAST. Free & functional. I love it!! ^^

  8. Only install softwares yg sudah diberi recommendation. Pastikan software itu adalah yg betul, sudah ramai yg menggunakannya dan merekomenkannya. Pastikan juga anda download software/game/file drpd sumber yg boleh dipercayai. Jadikan habitat..eh..salah..habit membaca review yg ada sebelum anda download something. Jangan main belasah sj ok? 

  9. Read before you click 'Next'. Ini satu lagi, sewaktu proses meng'install' tu, sila at least baca sebelum klik 'next'! Kebanyakan installer yg ada sekarang ni (terutamanya yg anda download melalui internet) mempunyai sifat 'sambil menyelam minum air'. huhu~ Maksudnya di sini, yg ko mau install tu ialah software A semata-mata.. Tapi bila habis proses men'install' tu, tidak pasal2 software A ini beranak-pinak pula menjadi sebuah keluarga bahagia: Software A + Software B + Software C dan sebagainya yang mana selain Software A itu, software2 lain memang x diingini pun.. (Tp itu bg yg menyedari sj la akan kehadiran software2 yg lain ini..selalu mmg kamu x perasan pun kn?).. Bukannya x baik pun software2 ni, cuma..mmg x bergunalah..I suspect, not all but kebanyakannya adalah malware/spyware..jd please beware.. Anda mampu mengubahnya dengan cara membaca (dan kalo ada choice / offer diberi, sila buat pilihan dgn betul) sebelum anda klik 'Next'. Inilah masalah yg dihadapi oleh org2 yg mengeluh keluar popup ntah apa2 d skrin laptop/PC dorg. Semua gara2 software2 yg tidak diingini itu sudah bertapak dlm sistem dan x boleh d bersihkan dgn cara kebiasaan.

  10. Please do not click popup2 yg keluar semasa anda surf internet, just close them (kecuali kalo mmg kamu expect popup tu akan keluar atau mempunyai function yg mmg diperlukan). You will never know what these popups akan lakukan nanti, selalunya popups ni bertujuan utk 'memperdayakan' atau 'menarik perhatian' anda bg melaksanakan suatu agenda lain yg tersembunyi.. hohoho

  11. Please do not click unknown links yang anda dapat dari unknown email (selalunya dalam box SPAM). Popular, ini adalah cara penyebaran virus besar-besaran melalui SPAM email. Before downloading attachment yg disertakan bersama email, sila scan terlebih dahulu.. TQ.

  12. Pastikan komputer anda sentiasa dalam keadaan updated. Tidak kiralah Windows, antivirus, Java, Flash, and even your driver...haruslah sentiasa up-to-date. Caranya, bila keluar notification untuk update, silalah klik untuk update ok? Ini penting untuk mendapatkan patch2 terbaru yg boleh memantapkan lg security dan function sedia ada.

  13. Jangan directly open (double click) USB pendrive, folder2, fail2 & yg sewaktu dengannya. Kalo ada tu 'Autorun.inf' + virus2 di dalam pendrive, Autorun tu akan trigger virus2 untuk bertindak dan merebak ke laptop/PC anda on the spot. Jadi lebih baik kita ambil langkah berjaga2 ini kn? So, cara utk buka USB, sebaik2nya klik kanan baru open atau gunakan folder pane di sebelah kiri untuk membuka USB dan fail2 yg ada di dalamnya. Autorun.inf sebenarnya x jahat, tetapi often mereka yg jahat memanipulasikan autorun.inf ini utk membuka pintu bg kejahatan..huhu~ Autorun.inf yg naif ini cuma skrip yg mempunyai instruction2 yg sepatutnya bertugas untuk menetapkan apa yg harus automatik dilancarkan tanpa mengklik apa2.

  14. Sila defrag laptop/PC anda secara berkala. Imagine fail-fail dalam komputer anda umpama buku-buku dalam sebuah perpustakaan yg sangat besar. Kalo seorang ambil buku A dalam rak, kemungkinan untuk orang itu mengembalikan buku itu semula ke tempat yg sama adalah sangat sedikit. Selalunya orang akan simpan buku itu di tempat lain atau letak saja d atas meja (suruh librarian yg susun nanti..haha). Nanti besok2 ada org lain mo cari tu buku A, dia cari2 d rak buku A tapi x jumpa2 (gara2 ko la ni..).. Librarian tu lah yg bertanggungjawab mengemas semula buku2 ke tempat asal bg memudahkan pembaca buku mudah untuk mencari bahan bacaan yg mereka mahu. Analogi ini sama juga seperti fail2 dlm komputer anda. So, bila rasa2 mcm komputer kamu tu lagging sudah tym mo buka program/file2 tertentu, rajinkanlah diri anda utk bt defragmentation ok... Senang sj, pergi ke bahagian All Programs >>> Accessories >>> System Tools >>> Disk Defragmenter. Sebelum tu, anda boleh juga buat Disk Cleanup utk buang benda2 yg x perlu dlm laptop/PC anda.. ^^

  15. Jangan biarkan laptop/PC anda sarat dengan fail. Lakukan back-up terhadap fail-fail dalam laptop/PC anda. Untuk lebih selamat, backup lebih dari satu tempat. CD, pendrive, external hd, atau secara online (email, dropbox, dll.) Laptop/PC yg sarat dgn file akan jadi slow, lag + kta xkn tahu bila laptop/PC kita akan buat hal.. Nanti bila laptop/PC x ble on/rosak, baru nangis2 x dpt selamatkan gambar2 kamu yg hot dlm tu.. hahahahha.

So, jadikanlah tips2 di atas ni sebagai rutin anda semua ok.. Lepas ni sa x mo lg dgr kamu cakap, "kalo Acer memanglah cepat rosak, cuba kalo ko beli jenama mcm Asus, Lenovo, Toshiba, Sony Vaio atau plg bgus Apple, gerenti tahan lama..". Ok2.. kalo ckp mcm ni sa x setuju 100% la.. Setuju 40% sj (utk jenama Asus & Lenovo). Sebab kan, cmana berjenama pun laptop/PC ko beli, kalo ko punya penjagaan sendiri x berkualiti, mmg xda guna jg..sama ja rosak / bermasalah.. Kalo dr segi hardware, iya lah...mmg tahan lasak sikit la kan? Tp kalo software yg kena install dlm laptop/pc kamu tu lain cerita k.. Xda kena mengena pun ngan jenama yg kamu beli tu.. Even laptop jenama terhebat pun kalo setakat pakai OS Windows, mmg kena virus jg kalo kamurang x pandai jaga.. Kalo boleh format sendiri xpa jg.. Hantar p kedai utk format puluhan ringgit lg melayang.. (klo kaya & x peduli, sila abaikan bebelan sy ini..TQ) Wuhuhu~~

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...