Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Tuesday, August 2, 2016

Pengalaman membeli smartphone Xiaomi - Redmi Note 3 dengan DirectD online

Redmi Note 3

Assalamualaikum dan hai semua..

Post kali ni saya mau cakap pasal pengalaman beli fon Redmi Note 3 dekat website DirectD..
Smartphone ini under brand Xiaomi. Ramai juga yang tidak kenal sangat brand Xiaomi ni, tapi brand ini PERNAH diberi jolokan sebagai Appple of China (bukan saya yang cakap aa, sila jangan muntah di sini.. huhu). Sayang, tidak taulah apa kena dengan company dorang, brand-brand lain seperti OPPO, OnePlus, Huawei semakin mendahului. Oo ya, saya cuma tengok fon made in China saja sekarang. Kenapa? Ada lah sebabnya... XD

Kepada peminat tegar Xiaomi yang memang follow Facebook & official site Xiaomi, mesti tau betapa azab menunggu smartphone dia untuk dijual. Pembeli bersusun, barang yang ditunggu pula teda. Huhu.
Susah cari phone Xiaomi yang original set Malaysia jual di kedai, area KL susah sangat mau cari tapi di KK (CP) ada jumpa hari tu.. Yang ada pun AP set atau yang klon set (hati-hati, banyak yang klon). Satu-satunya cara untuk dapat yang original set Malaysia punya warranty ialah beli melalui official website Xiaomi. Tapiiiii, sampai berjanggutlah kamu tunggu, OUT OF STOCK memanjang.. Kamu pi bukalah Facebook Xiaomi hari-hari, setiap jam kamu pi tengok semata-mata mo tunggu announcement dari Mi bunny untuk bagi berita tentang flash sale atau apa-apa berita yang berkaitan penjualan fon dia, huh, sampai berkulatlah situ teda juga. Tapi yang sanggup menunggu pun masih banyak..sebab mau Xiaomi fon Malaysia set punya warranty, tidak dorang berputus asa.

Xiaomi Malaysia - Official website. Out of stock sampai hari saya taip post ni.
Saya pun menunggu juga flash sale hari tu. Semua sebab fon saya - Sony Xperia Pro (1st android yang saya guna dari November 2011 sampai 7/6/2016) memang boleh tahan nyanyuk sudah. Tengok bapamama & adik-adik saya berkali-kali sudah tukar fon, boleh main apps itu ini...huhuhu..bertambah jeleslah saya.. Saya pun startlah survey & compare smartphone apa yang best, mampu untuk saya miliki dan paling penting berkenan di hati. Ada beberapa artikel tu saya jumpa dan buat hati saya mengidam fon Xiaomi - Redmi Note 3.. Saya tengok fon ni dari bulan April 2016 lagi wooo, hari-hari buka website Xiaomi Malaysia & Facebook Xiaomi. Tengok-tengok ramainya orang menunggu fon ni untuk dijual tapi sayang..masih out of stock. Dalam hati, macam mana saya mau bersaing membeli fon ni dengan dorang-dorang ni kalau ada Flash Sale nanti?? Sudahlah internet saya ni bukannya ada 24 jam pun, kalau jam 3 pagi dorang buat Flash Sale, camanalah tu? huhuhu..
From Official FB Xiaomi Malaysia

Saya cuba untuk melupakan Redmi Note 3 dengan mencari smartphone-smartphone lain yang mempunyai spek dan harga yang lebih kurang. Tapi kenapa aa, saya masih tidak boleh move on. Saya tidak nampak fon lain yang boleh compete, kasi kalah mati Redmi Note 3 (masa tu lah, sekarang sudah lain lorr). BTW, pada masa saya tulis post ni Mi5 ialah fon Xiaomi yang paling orang kasi hype-hype. Yang tu memang out of budgetlah, bagi saya. Last-last saya pun ambil keputusan untuk beli AP set Redmi Note 3 dekat website DirectD.

Tentang AP set, taken from DirectD website. Click to enlarge.
Kenapa saya berani beli AP set, tidak tunggu Malaysia set? Hehe. First, review articles yang omputih buat semua tu pun AP set juga (salah satu yang saya baca ialah ini http://www.pcadvisor.co.uk/review/budget-smartphones/xiaomi-redmi-note-3-review-india-launch-open-3632081/ ) & dorang ada cakap beberapa downside seperti dia punya rom yang masih guna China punya language, but the phone masih juga original..original China set (bukan Malaysia set). Saya tengok di website DirectD, dorang cakap dorang sudah install fon ni dengan Global rom, which means, bukan in Chinese lagilah, ada banyak pilihan bahasa..settle. Warranty? Kalau Malaysia set, Xiaomi ada Official Repair Centre sana Lowyat, tempat lain entah ada kah teada tu. Macam belum ada setakat ini, NO PHYSICAL STORE untuk brand Xiaomi di Malaysia.
AP set dari DirectD, ada 1 tahun warranty provided by DirectD. Yang ini saya tawakal sajalah supaya tidak dapat set yang faulty. DirectD jamin set adalah original (bukan original Malaysia, tapi AP pun original juga..kalau tengok, datang dari China.. Xiaomi pun memang company China juga kan).. Lagipun, saya tidak risau sangat kalau sekadar software faulty, boleh cuba kasi bagus sendiri kan. Hardware faulty ni yang risau, mo kena cari sparepart tu yang sandi nanti. Still, hati saya tetap mau dengan Redmi Note 3 ni.. huhuhuu. Bagi para pesaing-pesaing saya di Facebook Xiaomi, kuranglah sudah satu orang pesaing kamu, saya sudah tidak sanggup tunggu. Kamu memang antara golongan-golongan yang sabar....sabar menunggu handphone ituuue..kikiiki XD

Setelah saya bulat hati mau beli Redmi Note 3 dari DirectD, saya pun order & buat pembayaran. FYI, harga Redmi Note 3 (masa hujung bulan Mei sehingga hari ini) di official website Xiaomi ialah RM849. Masa tu saya beli di DirectD, harga RM849 juga (tidak termasuk penghantaran RM10 & aksesori lain seperti screen protector). Tapi harga ni termasuk warranty 1 tahun dari DirectD (bukan extended warranty aa). Hari ni saya cek dekat website DirectD, harga turun ke RM799!!! Beza RM50 geng! Tapi di official website Xiaomi harga masih sama iaitu RM849. Tidak apalah.. huhu~

Saya beli petang Khamis, 02/06/16. Tapi payment saya kena verified tengah hari Jumaat 03/06/16. Itu pun selepas saya tengok status pembelian saya langsung tidak berubah, jadi saya call DirectD & barulah dorang update / verify payment yang saya buat untuk proses pembungkusan + penghantaran. Berharaplah saya dorang pergi pos fon saya tu right away, manalah tau petang Jumaat boleh dapat. Tunggu punya tunggu, memang tidak ada harapan boleh dapat fon tu hari tu juga. Tidak apalah.
Esok dia (Sabtu) saya pi di Pejabat Poslaju Tun Sambanthan KL untuk ambil sendiri bungkusan saya since saya sudah ada tracking number. Tapi sedihnya rasa, rupanya Poslaju tutup hari tu sebab birthday Agong.. Grrr.. Baliklah saya ke rumah dengan hati yang hampa. Ahad pagi saya pi lagi Poslaju, kecewa kali ke-2 bila pekerja Poslaju tu cakap bungkusan saya tidak boleh di ambil lagi sebab dorang letak bungkusan tu dekat 'belakang' & pintu kunci. Dia suruh ambil esok.
Isnin tu saya pi Poslaju lagi selepas waktu kerja, hari tu kekecewaan dan marah saya memang tahap gaban bila dorang cakap saya tidak boleh ambil sebab polisi dorang yang baru ialah 'item untuk penghantaran hari ini, hanya boleh diambil secara Window Collection pada keesokan harinya'. Walaupun masa tu memang sudah jam 6 petang & dalam sistem Track & Trace dorang terang-terang tertulis 'Missed Delivery'. Bencilah sangat-sangat tau. Kenapalah budak tu tidak cakap awal-awal polisi dorang macam tu, yang sampai suruh orang datang ambil 'esok' bila orang tanya masa Ahad tu kenapa? Kenapa tidak cakap awal-awal yang saya kena ambil hari Selasa aaaa???!! Nah, sampai hari ni pun bila ingat mesti saya rasa marah sangat-sangat. Saya balik tu mencurah-curah air mata, saya call Mr.Dinosaur pastu mengamuk mengadu dengan dia, sampai dia suruh saya pi buat report. Bila dia yang marah, baru saya rasa cool down sikit.. sudahlah waktu tu puasa.. dugaan betul. hehe..
Jadi pagi esoknya (Selasa, 07/06/16), akhirnya baru saya dapat parcel yang saya tunggu-tunggu tu. Bungkusan tu dalam keadaan baik. Ada bubble wrap di dalam. Redmi Note 3 saya pun dalam keadaan baik, cuma bungkusan tu tidak ada seal. Rasanya dorang keluarkan fon tu siap-siap supaya boleh flash Global rom inside lepas tu check kalau ada faulty sebelum hantar. Maybe lah, itu saya punya positive assumption lah konon. Fon tu memang 0% battery & tidak boleh on langsung masa dapat, jadi saya charge dulu bagi full barulah on. And, I am very happy with my purchase..until now I am very satisfied with the phone. I even check tengok samada Xiaomi saya ni ori ka tidak. Boleh check di website ni: http://www.mi.com/verify/#secur_en atau guna app AnTuTu Officer. Alhamdulillah, original. ^^
Staf Poslaju yang ini ok.. yang staf lelaki sorang tu yang hmmm, bertambah lebam mata dia saya tumbuk, tapi dlm mimpi sajalah.. grrr X(

Akhirnya dapat juga parcel, alamat: kedai buku


No seal or wrap, selain yang bubble wrap. Kotak buka macam tu ja.

Check for the imei number

before removing the plastic yang melapisi bahagian belakang fon

Inside the box: Redmi Note 3, AC Adaptor, USB Cable, and that's it.
Result from AnTuTu Officer.. Pheww! Nasiblah.
 Setakat ni, saya tidak hadapi apa-apa masalah dengan Redmi Note 3 saya. I'm also able to get the updates cuma untuk upgrade ke MIUI 8 belum lagi. Saya x pernah experience any lag masa main game (tapi game yang saya main bukanlah yang berat-berat kena render 3D bagai). Overall, the phone is great, sesuai dengan harga. Camera is ok (cuma kalau gelap, kureng sikit). Battery is good, 4000mAh. Ada fingerprint scanner. Speed is FAST, with processor MSM8956 Snapdragon 650 Qualcomm 64-bit CPU, 6-core Cortex-A53 + Cortex-A72. The body is metal, I chose gold color - 3GB ram, 32GB rom varian. Just sweet enough for my liking..

OKlah, panjang betul post kali ni. Saya rehat dululah. Bye.. Assalamualaikum.

Wednesday, June 17, 2015

Fasa baru?

Assalamualaikum and hi to all my readers..

Saya kini kembali untuk berblogging selepas berbulan-bulan menghilangkan diri.. huhu~
Hilang bukan p mana pun cuma untuk ambil mood bblogging balik ni tsangatlah susah dan payah. Ini semua gara-gara banyak benda baru dalam hidup ni yang sy kena take time utk sesuaikan diri.. aiseh..

My last post last year ialah tentang k'nervous-an sy utk p lapor diri kerja. Maklumlah sudah berumur baru merasa kerja tetap, sudah tu jauh dkt smenanjung pula.. sy ni sudahlah jenis yg duduk d bawah ketiak bapamama ja, x pernah brenggang, study pn jauh2 dkat labuan ja.. Confirm2 lah lg susah utk mnyesuaikan diri.. Org lain asalkan dpt krja snggup merantau p negara lain, sy ni pula yg sda tua masih x dpt trima knyataan yg sy x dpt krja d tmpt sndri.. hahah.. memalukan jg oo bila fikir

Tym lapor diri dekat Putrajaya last yr, mami sda belikan sy tiket utk balik Sabah..yakin dpt balik.. tp x dpt.. Lapor diri Putrajaya tu sehari, cuma dpt tau kementerian mana posting.. Dsebabkan flight sy keesokan hari, petang tu jg dr Putrajaya after lapor diri, my parents kc kawan p KL utk lapor diri d kementerian.. Ingatkn boleh dpt tau penempatan dmna terus hari tu juga.. Rupanya kena tunggu lg kononnya at least "1-2 weeks" utk kluar surat arahan penempatan.. hahahah.. punyalah kecewa tym tu.. my mom bkn main lg mngamuk gara2 jangkaan meleset.. heheh.. so, tinggallah sy d KL (stay dgn kwn pnya aunty dkt Puchong) smntara tunggu penempatan.

At that time, ada seratus lebih org yg dtg lapor diri dkt Putrajaya.. I tried to find Sabahan friends, manatau bole kongsi cara2 utk balik (hahaha, masih lg x putus asa).. Even yg dr NS dpt Kementerian dkt KL pn mau mohon balik NS jg.. Jd apatah lg yg dr sbrang lautan kn?
Jd dlm ramai2 tu, sy & 2 org lg girls dpt kementerian yg sama.. Ada jg ramai girls dr negeri2 lain (bkn sy x campur tau), tp kebetulan cuma kami brtiga ja pompuan yg dpt kmntrian sm (me, Mitchell & Mira), lain2 tu smua llki.. jd x cmpur sgt.. huhuhu... intake 22 Sept 2014 tu ada dlm 15 org smua.. Kementerian kami tu yg dkat Jln.Padang Tembak, KL (teka la klo rasa mo teka.. hehe).. Dekat 2 mnggu lbh jg la mnunggu penempatan.. Siap kena interview lg & brsungguh bgtau mau balik krja tmpt sndri (yalahkn, jimat ba klo tmpt sndri, dpt slalu jaga family, ksihatan pn senang monitor.. hmm)

In the end, only Mitchell dpt balik Sabah. Me & Mira dpt KL.. Bdk2 llki tu ada jg yg dpt balik, contohnya Johor sbb ibu dia kurang sihat & yg lain2 yg sdh bkeluarga..
Sy x dpt tahan sebak bila terima surat arahan penempatan dkt bilik meeting tym tu & I cried shamelessly smpai pegawai yg bg surat penempatan tu pn rasa hairan bin ajaib.
Pasrah?? Terpaksalah pasrah tp bukan menyerah.. hahahah..  Ada baik buruk, yg baik syukur alhamdulillah, yg kurang OK kita cuba kc OK.. So far, sekarang smua OK.. rakan2 sekerja & kementerian ni mmg best.. But still, all my loved ones berada jauh d sana.. Dalam tempoh 6 bln ni 3 kali jg sudah sy balik kampung.. Last tym tu baru jg tym cuti Kaamatan, kami 1 fmily p Jakarta + Bandung.. Upcoming is waktu Raya 2015 ni InsyaALLAH, heheheh..

Post Indonesia punya trip last year pn blm buat.. Post utk new year 2015 x buat.. Post Unduk Ngadau untuk thn 2015 ni pn teda tbuat..aduii.. biarlah tu.. bangas sda smua.. Tapi tym Gempa Bumi dkt Ranau tu ari (Fri - June 5, 2015) sa sm family rasa ooo btul.. Baru lg tu balik dr Indonesia mlm sbelum, tym kurang sihat lg.. pagi2 tu tbangun dr tdur tdgar mcm bunyi guruh.. buka ja mata goyang abis oo penglihatan.. rasa pelik kjap.. mami & bapa mluru masuk p bilik kami suruh kluar dr rumah (at that time kami smua d Minintod, KK).. Bingung2 lg kmi kluar rumah trun p bwh.. Ramai sda org jg dkat bwh tu dgn bju tdr & sarung2 sgala.. Mmm, risau pula bila fikir balik keadaan dorg d Sabah skrg ni.. huhu~



Ba, itu ja la sa bising2 utk post kali ni.. Panjang brabis sda ni.. huhu.. Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua saudara di seluruh dunia.. Semoga amalan baik kita semakin bertambah dan terus berkekalan.. Puasa bkn utk tahan lapar semata..yg wajib tetap wajib dbuat, yg sunat dikasi banyak lg.. ^^


Friday, September 19, 2014

Counting days: Hari menjadi gov.servant..

Assalamualaikum and hi...

Tinggal bberapa hari lg utk tarikh Majlis Lapor Diri d Putrajaya (Isn, 22 Sept)... Bln 6 yg lalu sa ada p tmuduga SPA utk jwtn Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi). Ini merupakan tmuduga sy yg k-3 (atau ke-4, forgot already.. huhu~) tp first tym sa tmuduga d hometown sndri.. Sblm ni smua tmuduga d KK (jwtn yg lain tp dlm gred yg sama jg), n of course smua pn failed.. haha.. maybe bcos sa gedik plus minta puji kc tnjuk yg sa ada degree.. bapa sm mami ckp, temuduga kali ni jgn lg tunjuk2 sjil lain, just SPM sj.. so, ikut ckp dorg... Syukur alhamdulillah, ada jg rezeki kerja.. x sangka...

Bln 6 temuduga, akhir bln 7 (mau dkt2 raya tu) dpt email dr SPA bgtau yg sa brjaya dlm temuduga.. Just tinggal tunggu surat rasmi dr SPA & JPA sj lg...

Dapat email, tahniah dia bilang..


Perasaan?

Tuesday, December 24, 2013

Terminating Maxis Broadband

Salam,

Hi all.. Just now sa p menyampuk dalam salah satu topic di Maxis Forum bcos I need to terminate my Maxis Broadband service. Rupanya senang saja pula mo terminate ni broadband service.
Baru kejap sa post sa punya request utk terminate my broadband service sana forum, trus tidak sampai sejam sa kena call tu pihak Maxis regarding my request.




I expect diorang ni akan pujuk and

Saturday, December 21, 2013

Jalan-jalan: Ranau - Kota Belud - Kudat - Kota Kinabalu (Day 3)

Salam..

Okie.. so this is part 3 for the post Jalan-jalan: Ranau - Kota Belud - Kudat - Kota Kinabalu

11 Disember 2013 (Rabu)

Kami bangun, solat n bersiap-siap untuk bergambar kali terakhir di Penghujung Borneo Utara sebelum bersarapan dan bertolak ke Kota Kinabalu. Selepas aktiviti 'photoshoot', kami pun sarapan pagi.. Tidak lama selepas tu hujan turun mencurah-curah dengan angin yang kuat.. Mami bukan main siok lagi.. bilang dia mo rasa 'hujan lautan'.. ada-ada saja tu statement.. hohoh..


Around 6a.m, office chalet pun belum buka lagi..

Jalan-jalan: Ranau - Kota Belud - Kudat - KK (Day 2)

Salam..

So this is part two of the post Jalan-jalan: Ranau - Kota Belud - Kudat - KK

10 Disember 2013 (Selasa)

Hari kedua..kami bangun, checkout, and terus drive menghala ke Kota Belud sebelum ke destinasi sebenar iaitu Kudat. Belum lagi ada proper sarapan, kami semua tertidur semasa dalam perjalanan.. Bapalah yang paling sengsara tu kepenatan..drive sj kerja teda berhenti2.. huhu~ kesian bapa... Kalo x silap sa perjalanan dari Kundasang tu p Kota Belud mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih atau 2 jam.. again, I am not sure, sorry sangat2 sebab kerja sa tiduurrr ja memanjang semasa dalam perjalanan.. Sampai saja di Kota Belud tu kami pun mengisi perut di satu restoran.. (again, I dun remember the name.. huhu~) Tapi oklah tu restoran, tidak mahal sgt, makanan pun ok.. sa sama sa punya adik2 order tu Coto Makassar (lama sda x makan..).. bapa order nasi campur while mami tetap dgn Ayam Penyet.. haha.. (no picture here.. huhu~)

Lepas tu kami pun sambung lagi perjalanan ke Kudat.. Sebelum simpang 3 Kota Belud - Kota Marudu - Kudat, kami singgah di deretan gerai yang menjual buah-buahan, kraftangan & jagung bakar.. Ini still area Kota Belud ok.. hehe.. Sedap oo jagung bakar.. wangi lagi.. nyumm nyumm!! ( I dunno the price, bapa sm mami yg p beli, sa ddul dlm kreta ja.. huhu~)

banyak2 buah situ, sa paling suka tu buah tarap.. tapuunn


Jalan-jalan: Ranau - Kota Belud - Kudat - KK

Salam..

Hello to all my readers..
Dalam post yang ini, sa mo kongsi cerita sa jalan-jalan ngan my lovely + happening family.. hehe..

9 Disember 2013 (Isnin) 

Kami memulakan perjalanan dari Keningau pada sebelah pagi (or tengahari..I dun really remember.. huhu~) terus ke Ranau. Peserta ekspedisi ialah bapa, mami, saya, Kici, Koboy, Ketet, and Kedem.. (ekspidisi kunun..). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam (atau lebih..huhu..x pasti sbb tidur ja dlm kreta).. so around petang2 gitu jam3 or 3.30 mngkin, kami sampai di kawasan Ranau and singgah makan di Restoran mmmm...lupa oo..huhu..tapi yg dekat G-Mart tepi jalan... haha.. siou2.. banyak lupa.. lantaklah labu.. (sorry, no picture taken up to this point).

Lepas isi perut, kami pun p sana Kg.Luanti..cari tu Tagal Sungai Moroli... Sikit lagi mo tutup sda tu tempat.. dia buka smpai jam 5 petang ja.. I know most Sabahan mesti tau ni tempat.. hehe.. banyak ikan comel-comel muka macam arnab2 sa d rumah, pandai gigit2 manja tu kaki yang busuk.. hahaha.. Siapa belum pernah pg, I suggest you all pg la sana.. Siok tau eventhough kena beratur ikut turn and bayaran masuk dia pun agak bulih2 jg... RM5/adult utk 15 minit sahaja if I'm not mistaken... huhu~ Tapi pengalaman ba tu.. Mana ko dapat hari2.. Kalo ko p masuk sungai atau mandi2 sana laut belum tentu ada ikan2 jinak p kasi bersih2 kaki ko yg bebau itu.. hohoho..


Tagal Sg.Moroli - penuh dengan ikan di air yg jernih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...