Salam and hi to all my readers..
Post pertama saya untuk tahun ini mmg agak lambat keluar, sekarang ni pn sudah pertengahan bulan Mac. Bagaimana dgn permulaan tahun 2013 anda smua? Mesti ramai yang sambut dgn perasaan riang dan semangat pun berkobar-kobar utk melaksanakan azam baru kn? ^^
Syukur kita masih berpeluang untuk hidup pada hari ini.. I would like to ask you all, don't forget to *always* be thankful to our Creator. Hanya dengan izin-NYA kita masih boleh tertawa gembira dan berjuang pada hari ini..
Pada hari Selasa - 8 Januari 2013, adik lelaki sy (a.Ian) telah dijemput oleh Pencipta kita. Peristiwa ini bukanlah sesuatu yg diduga oleh kami, apa lg arwah yg sebenarnya tidak tahu apa yg terjadi pada dirinya. Jumaat - 4 Januari 2013, sekembalinya arwah dari sekolah pun arwah masih bergurau dengan kami sekeluarga dan menonton TV bersama-sama. Tidaklah pernah kami menyangka akan mengucapkan selamat tinggal terlalu awal, langsung tidak terlintas kerana tidak ada tanda yang jelas. (Manusia selalu alpa, kita mmg xkan melihat tanda-tanda tu smua kalau x ingat Tuhan).
Kesakitan melampau yang datang tiba-tiba pada 5 Januari 2013 mendorong bapa n mami bw arwah adik pg hospital. Pihak hospital mungkin sudah berusaha, tapi rasanya usaha mereka bukanlah usaha terbaik mereka (typical, most of the time mmg bgni). Kesakitan arwah adik kami turut merasakan. Subahannallah, biarpun arwah adik berada dalam keadaan kritikal, adik sy masih boleh memberi semangat kpd setiap yang dtg melawat, memberi keyakinan kpd kami smua yg ada pd ketika itu bahawa ALLAH akan menolong setiap hambaNYA dan meyakinkan kami bahawa dia pasti akan sembuh tidak lama lg. Arwah adik meminta kami supaya jangan bersedih, jangan menangis, mesti kuat, dan sama-sama berdoa dengannya. Arwah adik menggosok belakang kami dan menenangkan kami, memegang pipi bapamama, bersalaman dgn smua yg dtg.. Tiadalah siapa yg dtg melawatnya ketika itu tidak mengalirkan air mata melihat keadaannya. Semua yg dtg bersama-sama berdoa agar arwah adik cepat sembuh. Kalimah 'Lailahaillallah Muhammadarrasulullah' tidak putus diucap di bibirnya.
7.28PM, 8 Januari 2013 - hari k-4 d hospital, adik sy itu di sahkan pergi meninggalkan kami. Ketika itu kami baru selesai solat Isyak d rumah dan terus bergegas ke hospital selepas adik perempuan dan mama menghubungi kami. Tidaklah kami menyangka begitu awal kami terpisah di dunia ini. Padahal kami masih menyimpan harapan dan yakin bahawa arwah akan sembuh dan balik ke rumah. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi dia, ALLAH tahu apa yg terbaik untuk setiap hambaNYA, dan ALLAH telah melepaskan beban kesakitan itu dari a.Ian, agar a.Ian tidak lagi terseksa. Sy bersyukur krn ALLAH telah meringankan beban adik sy, mengambil adik saya ketika kami semua berada bersamanya, dan insyaALLAH a.Ian pergi dalam Islam. Untuk setiap kesakitan yang dirasakannya, di kulit, di perut, dan tempat-tempat lain ditubuhnya, semoga ALLAH S.W.T memberikan rahmat Husnul Khatimah di sebalik segala dugaan yg dihadapinya. Amin.
Terus terang, ini adalah kali pertama sy melihat sebuah kematian. Dan peristiwa ini banyak menginsafkan sy dan ahli keluarga sy. Syukur alhamdulillah, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Arwah adik sy itu sgt bangga dgn ahli keluarga yang dimilikinya. Bangga dgn bapa, mama, n kami adik beradik.. Dia ialah anak k-3 dr kami adik beradik, dan anak lelaki pertama dlm kluarga. Berumur 18 tahun (sepatutnya 15 Januari adalah hari lahirnya utk masuk 19 thn), dia ialah ahli dlm keluarga kami yg paling menjaga solatnya ketika dia masih hidup. Sedang kami yang lain dahulu, trsangatlah lupa dan tidak peduli dgn tanggungjawab kami kpd Pencipta. Harapan arwah adik sy itu ialah supaya keluarga kami sentiasa bersatu, bahagia dunia akhirat, dan sentiasa ingat pd yg d atas. Kini, dgn izin ALLAH kami telah mnjadi lebih baik dr sebelum ini, insyaALLAH sehingga akhir nafas kami.
Sy sgt rindu dgn dia. Selalu rindu. Kerinduan sy ini cuma dpt sy sampaikan melalui doa sj. Sbb sekarang, alam yang kami duduki tidak lagi sama. Tapi ALLAH ada, dan ALLAH berkuasa atas segala alam yg dijadikan. Al-Fatihah utk a.Ian.
p.s: always love & appreciate ur family.. and always remember that we are not immortal.
Saturday, March 16, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment